Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hakim tolak permohonan tarik diri dengar kes Anwar

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan pihak pembela supaya beliau menarik diri daripada terus mendengar kes tersebut.

NONE Zabidin ( kiri ) berkata, berdasarkan kepada transkrip mahkamah yang telah dibacanya, tidak berlaku berat sebelah di pihaknya, dan berikutan itu beliau menolak permohonan tersebut.

Permohonan itu dibuat ekoran dakwaan bahawa Zabidin mengancam peguam utama pihak pembela, Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah, selepas Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mahu membatalkan hakim tersebut kerana tidak mematuhi keputusan Mahkamah Agung membabitkan usaha pihak pembela untuk mendapatkan proforma form yang dirujuk oleh saksi Dr Siew Sheue Feng.

Walaupun Zabidin menarik balik kenyataannya itu dan kemudiannya memerintahkan Dr Siew dari Hospital Kuala Lumpur menyerahkan proforma form yang digunakan sewaktu melakukan pemeriksaan ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetapi Karpal masih bertegas dengan tindakan membatalkan hakim tersebut dengan alasan wujud bahaya berlakunya berat sebelah.

Ini adalah usaha kedua oleh pihak pembela untuk membatalkan hakim tersebut - yang pertama selepas hakim itu tidak mengeluarkan amaran kepada akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa membuat laporan tidak tepat mengenai perbicaraan itu awal tahun ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS