Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco 'kepanasan' dakwa politik wang di DAP
Diterbitkan:  Dec 4, 2010 4:49 PM
Dikemaskini: 2:50 PM

Seminggu selepas kekalahan yang memalukan pada pemilihan kepimpinan DAP Selangor, exco Selangor, Ronnie Liu mungkin diheret ke jawatankuasa disiplin parti kerana memberi bayangan bahawa politik wang wujud dalam DAP.

Jawatankuasa disiplin yang berpengaruh itu telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya supaya menjelaskan komennya semasa temuramah eksklusif dengan Malaysiakini .

Liu dilaporkan sebagai berkata beliau khuatir DAP menuju ke arah amalan politik wang kerana wujud kecenderungan meningkat ke arah itu termasuk pembelian undi berikutan kekalahannya pada pemilihan kepimpinan DAP Selangor minggu lalu.

tan kok wai dap disciplinary council 010810 “Ronnie Liu, sebagai anggota jawankuasa pusat DAP dan exco Selangor, sepatutnya tahu apa yang beliau perkatakan dan tidak membuat tuduhan melulu,” kata pengerusi jawatankuasa disiplin, Tan Kok Wai yang juga ahli parlimen Cheras.

Menurut Tan, jawatankuasa disiplin telah memutuskan untuk memulakan siasatan ke atas Liu.

Katanya, semasa wawancara itu Liu tdak menyatakan dengan jelas berhubung politik wang dalam DAP, justeru jawatankuasa itu ingin menyoalnya bagi mendapatkan butiran lanjut.

NONE “Beliau membuat kenyataan awam yang mungkin menjejaskan reputasi dan imej DAP,” kata Tan.

Menurutnya lagi, bagi DAP, parti itu mengamakan konsep toleransi sifar terhadap rasuah dan tindakan akan diambil jika terbukti benar bahawa wujudnya politik wang.

Tan berkata jawatankuasa disiplin setakat ini juga belum menerima apa-apa aduan berhubung pembelian undi yang dikaitkan dengan pemilihan DAP Selangor.

Sementara itu, Liu, ketika dihubungi, mengesahkan bahawa beliau menerima surat itu dan akan menjawabnya dalam masa 14 hari.

"Saya akan memperjelaskan secara terperinci dengan apa yang saya kata dalam temuramah itu." katanya.

tee boon hock lodge report against ronnie liu 230910 01 Ini bukan kali pertama Liu diberi surat tunjuk sebab oleh Jawatankuasa Disiplin selepas menerima surat sama pada Ogos lalu.

Ketika itu, beliau didakwa kerana bekas pembantunya Tee Boon Hock telah menyalahgunakan surat sokongan exco itu untuk memujuk pihak berkuasa tempatan memberikan kontrak kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan anaknya.

Susulan itu, Tee, ketika itu Ahli Majlis perbandaran Klang (MPK), dipecat dari DAP selepas mesyuarat jawatankuasa disiplin itu, manakala Liu diberi amaran keras.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS