Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan: Harga barangan di M'sia antara terendah
Diterbitkan:  Dec 4, 2010 8:45 AM
Dikemaskini: 12:50 AM

Harga runcit bagi petrol, diesel, gas asli cecair (LPG) serta gula di Malaysia masih rendah berbanding di negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

azlan Menurut kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri, sebagai contoh, petrol RON95 berharga RM2.46 seliter di Indonesia,

RM4.36 di Singapura dan RM4.25 di Thailand.

Harga diesel pula ialah RM2.50 seliter di Indonesia, RM3.18 di Singapura dan RM2.96 di Thailand.

Harga LPG ialah RM2 bagi satu kg di Indonesia, RM6.42 di Singapura dan RM1.93 di Thailand, manakala harga gula ialah RM3.50 bagi satu kg di Indonesia, RM3.80 di Singapura dan RM2.80 di Thailand.

Harga baru yang bdiumumkan itu adalah pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.

azlan Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

    

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Kenyataan itu berkata rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan, pada waktu yang sama, mengurangkan perbelanjaan.

Program Transformasi Ekonomi (PTE) bertujuan meningkatkan perkapita Pendapatan Dalam Negara Kasar (PDNK) kepada US$15,000 menjelang 2020, kata kenyataan itu.

azlan Kenyataan itu berkata untuk mencapai sasaran tersebut, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perlu berkembang sekurang-kurangnya enam peratus setahun untuk membolehkan hasil yang diperoleh kerajaan meningkat melalui kutipan cukai.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan untuk menangani isu dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan daripada enam bidang itu, NKRA mengenai kemiskinan, infrastruktur asas luar bandar dan pendidikan awal dengan jelas memberi kesan terhadap 40 peratus penduduk peringkat bawah di negara ini, kata kenyataan itu.

Sebagai contoh, kata kenyataan itu, sejak Januari tahun ini, kerajaan telah membina 538km jalan luar bandar, 260 peratus lebih banyak berbanding tahun lepas, membuka 1,358 kelas prasekolah yang memberi manfaat kepada 54,569 kanak-kanak dan mengurangkan jumlah isi rumah miskin tegar sebanyak 55 peratus.

Di bawah GTP, kerajaan memberi keutamaan terhadap kebajikan golongan miskin, kata kenyataan itu.

- Bernama

ADS