Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Upko: Benarkan Orang Asli nikmati hak istimewa
Diterbitkan:  Dec 3, 2010 4:36 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan (Upko) hari ini menyarankan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan  bagi membolehkan Orang Asli turut menikmati keistimewaan bersama-sama orang Melayu dan bumiputera Sabah serta Sarawak.

bernard dompok 230109 Presidennya Tan Sri Bernard Dompok berkata di bawah Perkara 153, terdapat peruntukan jelas merujuk kepada hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah serta Sarawak, namun Orang Asli tidak disebut.

"Perkara ini merupakan kecuaian yang besar yang telah dilakukan para penggubal perlembagaan.

"Saya berasakan kerajaan BN, apabila berjaya memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen, wajar membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk tujuan ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada perasmian Konvensyen Kebangsaan Upko di Penampang.

Mengenai isu ketuanan, Dompok berkata perkataan itu sudah tidak patut wujud

lagi.

"Di Sabah, 'tuan' terakhir meninggalkan negeri ini pada 1963, dan di Semenanjung 'mereka' sepatutnya keluar dari sana pada 1957.

azlan "Sesetengah cuba menjelaskan perkataan itu tidak mempunyai konotasi ketuanan kaum atau mendakwa menjadi tuan. Tapi pihak lain pula cuba menjelaskan perkataan tersebut merujuk kepada kedudukan sultan dan raja," katanya.

Dompok berkata penjelasan berkenaan tidak memuaskan kerana kedudukan pemerintah sebagai raja berperlembagaan mesti membawa makna mereka adalah pemerintah kepada semua rakyat Malaysia, justeru harus menjaga hak semua kaum di negara ini.

"Sebab itulah parti ini mesti menyokong sepenuhnya konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya.

NONE Menyentuh perkhidmatan awam di negara ini, Dompok berkata adalah penting untuk kerajaan meneliti pelantikan pegawainya bagi memastikan setiap peringkat pentadbiran diwakili pegawai dari semua kaum.

"Ia harus menjadi perkhidmatan awam yang menyaksikan Orang Asli, bumiputera Sabah dan Sarawak bekerja bersama dengan orang Melayu, India dan Cina dalam menguruskan sistem penyampaian negara ini.

"Sudah tentulah terdapat perbezaan daripada segi jumlah tenaga kerja dari kaum-kaum ini kerana saiz populasi setiap kaum berbeza. Namun sistem itu harus menjadi perkhidmatan awam 1Malaysia," katanya.

- Bernama

ADS