Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebelum perhimpunan besar di ibu negara Ahad ini, kumpulan anti-penyelewengan kerajaan Selangor akan mengadakan satu perhimpunan 'raptai' di Shah Alam esok.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin berkata perhimpunan mereka selepas solat Jumaat esok bertujuan menyerahkan memorandum 'penyelewengan' kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.

NONE "Esok hari bekerja. Jika kita boleh dapatkan 2,000 orang, saya percaya jumlah peserta pada hari Ahad akan menjadi dua atau tiga kali ganda," katanya sambil memberitahu mereka akan berarak daripada masjid ke istana negeri.

Ahad ini, kumpulan ini - yang berbaju hitam - berkemungkinan bertembung dengan sebuah lagi perhimpunan anjuran kerajaan Selangor (berbaju merah) menuju ke tempat sama bagi menyerahkan memorandum dan petisyen memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

syabas Gaps menjangkakan 2,000 penyokong mereka akan turut serta manakala kerajaan Selangor pula mensasarkan 20,000 orang akan terlibat menyokong perhimpunan yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hamidzun menjelaskan, Gaps memutuskan tidak memohon permit polis untuk perhimpunan Ahad ini kerana menurutnya kebebasan berhimpun dijamin dalam perlembagaan.

Bagaimanapun, tambahnya, Gaps sedang menguruskan pertemuan dengan pihak polis bagi membincangkan perkara itu esok.

Ditanya tindakan lanjut mereka sekiranya dihalang pihak berkuasa, Hamidzun berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu.

'Baju Merah' sedia 500 'pengawal'

"Orang kita berhimpun dalam masjid. Kamu tidak perlukan permit untuk masuk ke dalam masjid.

azlan "Tetapi jika tidak dibenarkan, kami akan cuba berunding dengan mereka syarat-syaratnya supaya tidak melanggar undang-undang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, penyelaras kempen Air untuk Rakyat Badrul Amin Bahrom berkata, seramai 500 anggota parti pembangkang dan sukarelawan Gerak Kerja Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) dikerah mengawal keselamatan dan lalulintas dalam perhimpunan mereka Ahad ini.

Menurut Badrul Amin, ia melibatkan 200 anggota dan sukarelawan Pikom - unit penerangan kerajaan Selangor, 200 Unit Amal PAS dan 100 Briged Pemuda PKR.

bagan pinang by election 061009 badrul amin baharom speech "Mereka akan kawal keselamatan semua, bukan hanya menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim, bagi menangani provokasi daripada luar dan dalam," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR juga mengingatkan peserta perhimpunan anjuran kerajaan negeri supaya sentiasa bertenang dan tidak mengganggap kumpulan Gaps sebagai musuh.

"Mereka bukan musuh. Mereka hanya diupah oleh golongan yang berkepentingan. Musuh sebenar kita adalah kroni dan pemimpin Umno," katanya.

Setakat ini, pihaknya belum dihubungi pihak istana atau polis berhubung perhimpunan itu, jelas Badrul Amin.

"Mungkin juga mereka segan hendak menjawab. Maklumlah melibatkan (kerajaan) pusat. Jadi, sukar," kata bekas pensyarah itu.

ADS