Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ROS sahkan AKIM parti politik sah
Diterbitkan:  Dec 1, 2010 5:59 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

Parti Keadilan Islam Malaysia (AKIM) boleh bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah di negara ini, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat.

    

Katanya, ini berikutan anggota jawatankuasa parti itu berjaya menyelesaikan isu dalaman parti berkenaan dengan kerjasama jabatannya baru-baru ini.

    

akim banner 230808 Oleh itu tidak timbul parti politik itu tidak boleh menjalankan aktivitinya kerana diragui status pendaftarannya dengan jabatan ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

    

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keraguan orang ramai, khasnya pemerhati politik terhadap kesahihan status parti berkenaan berikutan berlakunya pergolakan dalaman pimpinan parti itu.

    

Wan Rahimah berkata Akim didaftarkan sejak lebih 15 tahun lalu atas nama Presidennya Hanafi Mamat, dengan dianggotai jawatankuasa parti peringkat pusat.

Beliau tidak menolak berlakunya pergolakan di peringkat pimpinan dalam parti itu tetapi ia berjaya diselesaikan secara kekeluargaan dengan kerjasama jabatannya.

    

“Sehingga ini tidak timbul parti itu bergerak secara haram dan tidak sah kerana ia mengikut perlembagaan parti, seperti yang ditetapkan mengikut Akta Pertubuhan,” katanya.

    

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini disebut-sebut akan menyertai AKIM tetapi dipersoalkan status kesahihan parti itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS