Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB ketuai pelantikan Ahli Dewan Diraja Selangor
Diterbitkan:  Dec 1, 2010 3:22 PM
Dikemaskini: 9:38 AM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berkenan melantik Ahli Dewan Diraja Selangor pada satu istiadat di Balairong Seri Istana Alam Shah, di Shah Alam.

Pelantikan mereka berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 30 November 2013.

sultan selangor and selangor state exco Tiga Ahli Ex-Officio Dewan Diraja Selangor yang menerima watikah pelantikan ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Empat ahli dari waris yang lain, lima Orang-Orang Besar dan enam Orang Tua-Tua turut menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor.

Empat ahli waris itu ialah Tengku Aris, Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah, Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah dan Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah.

Antara Orang-Orang Besar itu termasuk Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah, Engku Setia Lela Bestari Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah.

Bagi Orang Tua-Tua pula termasuk Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf dan Tan Sri Ambrin Buang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS