Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penjual mi tuntut keadilan selepas ditembak polis

Penjual mi, Ho Chei Hang, yang nyaris terbunuh selepas ditembak empat das oleh polis menuntut keadilan dan mahu tindakan dikenakan ke atas mereka yang melepaskan tembakan tanpa sebarang justifikasi.

NONE Ho, 32, yang ditembak oleh polis yang tidak memakai pakaian seragam berhampiran rumahnya di Kepong pada 16 November lalu mendakwa anggota berkenaan langsung tidak memperkenalkan diri mereka, mahupun melepaskan tembakan amaran.

"Saya menggesa supaya anggota polis yang terlibat dalam menembak saya dikenalpasti dan butir-butir nama mereka dibekalkan kepada saya agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap mereka," katanya.

Ho juga menggesa supaya anggota polis yang menembaknya disiasat untuk cubaan membunuh "dan lain-lain penyalahgunaankuasa tanpa sebarang perlindungan atau layanan istimewa".

Beliau membuat gesaan itu dalam memorandum yang diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di ibupejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.

Terus tembak

Ho menceritakan bagaimana dua lelaki yang tidak dikenalinya tiba-tiba menjerit kepadanya ketika dia sedang memandu berhampiran rumahnya pada kira-kira jam 6 petang, selepas menemui seorang kawan.

NONE Ketika memusing kepala Ho berkata, dia nampak orang tersebut mengeluarkan pistol dan terus menembaknya.

Ho yang tercedera hilang kawalan keretanya lalu melanggar tembok rumah di depannya.

Selepas pelanggaran, katanya, pintu kereta terbuka dan dia tercampak ke dalam longkang tepi rumah tersebut.

Keluar longkang

Menurut Ho lagi, dia menggunakan seluruh tenaganya untuk memanjat keluar dari longkang, dan beberapa lelaki menghala muncung pistol ke kepalanya.

Ho, yang terpaksa dimasukkan selama 11 hari di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur dibenarkan pulang Isnin lalu meskipun sebutir lagi peluru ditubuhnya masih belum dikeluarkan.

Memorandum menuntut keadilannya hari ini diserahkan kepada naib pengerusi Suhakam, Khaw Lake Tee.

NONE Dia diiring ke pejabat Suhakam oleh peguamnya, Keppi Wong, isteri, ibu bapa dan seorang perwakilan dari pertubuhan hak asasai, Suaram.

Keluarga Ho sebelum ini mendakwa wujudnya perbuatan khianat ketika lelaki itu ditembak polis pada 16 November lalu.

Mereka berkata tindakan polis berkenaan adalah tidak wajar kerana tiada senjata api mahupun sebarang jenis dadah yang dijumpai di kereta mangsa dan lagipun Ho juga dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Apa yang dijumpai oleh polis menurut peguamnya adalah hanya 42-45 pil tidur di kereta mangsa dan pil tidur itu bukan barangan larangan dalam Akta Dadah Berbahaya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS