Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga petrol RON97 naik 15 sen lagi
Diterbitkan:  Nov 30, 2010 8:07 PM
Dikemaskini: Dec 1, 2010 10:27 AM

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada  RM1.85 seliter.

azlan

Harga petrol RON 97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter.

Sementara itu, selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi Umno, malam semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kenaikan harga petrol RON97 yang kini

tidak lagi diberikan subsidi oleh kerajaan, adalah  berdasarkan kepada harga semasa pasaran dunia dan bukan ditetapkan oleh kerajaan.

"RON97 merupakan sesuatu yang ditentukan oleh pasaran bukan oleh kerajaan, (iaitu) kalau ada kenaikan (harga) disebabkan harga minyak itu naik dan kalau ada penurunan adalah disebabkan harga minyak turun," katanya.

[Baca berita penuh]

 

ADS