Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Isteri PM layak terima, tuntut elaun
Diterbitkan:  Nov 29, 2010 6:17 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Kerajaan tidak menyediakan peruntukan tetap atau peruntukan kunjungan luar negara tahunan secara khusus kepada isteri Perdana Menteri.

NONE Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata isteri Perdana Menteri bagaimanapun layak menerima dan menuntut perbelanjaan tertentu seperti kelayakan elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas.

"Ia termaktub di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berkenaan elaun-elaun dan keistimewaan bagi Perdana Menteri.

"Akta itu menyatakan isteri Perdana Menteri yang mengiringi semasa lawatan rasmi atau semasa membuat lawatan rasmi secara bersendirian ke luar negara atau dalam negeri adalah layak menerima dan menuntut perbelanjaan seperti kelayakan elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas," katanya.

NONE Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Liew mahu Perdana Menteri menyatakan bilangan kakitangan kontrak dan tetap, peruntukan tetap, peruntukan kunjungan luar negara dan kemudahan lain yang diperuntukkan untuk isteri Perdana Menteri dari 2000 hingga 2010.

Najib berkata tiada kakitangan tetap dan kontrak yang disediakan khusus untuk isteri Perdana Menteri berikutan pegawai dari Pejabat Perdana Menteri dari semasa ke semasa membantu isteri Perdana Menteri dalam menjalankan tugas-tugas rasmi beliau.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS