Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ANAK mahu BAPAK selesai segera 658 aduan peneroka
Diterbitkan:  Nov 29, 2010 4:16 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan 20 kes pertama yang ada pada mereka kepada Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK).

NONE Penyerahan itu  dibuat oleh pengerusi ANAK, Mazlan Aliman kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan di parlimen hari ini.

"Mengikut apa yang dijanjikan oleh BAPAK, aduan akan diselesaikan mengikut kes. Ada kes yang boleh diselesaikan dalam masa 24 jam, ada tujuh hari, ada kes boleh diselesaikan dalam masa 14 hari," katanya kepada pemberita.

Pada sidang medianya, Mazlan berjanji semua aduan peneroka yang diserahkan itu akan diselesaikan segera seperti dijanji timbalan menteri itu sebelum ini kerana semua kes tersebut sudah lama berlaku.

Katanya angka itu sebenarnya tidak besar jika dilihat kepada jumlah anak-anak peneroka dan mereka yang berkaitan dengan badan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan itu, yang ketika ini menjangkau kira-kira 2 juta orang.

NONE "20 aduan ini hanya sebahagian kecil dari aduan yang banyak kita terima yang berkait langsung dengan dasar Felda.

"Kita harap mampu dikendalikan oleh BAPAK," katanya.

Beliau berkata sebahagian daripada aduan yang diterima itu berkaitan dengan kesukaran mendapatkan pinjaman bagi pembiayaan kerja-kerja pembesaran rumah, dan menurutnya Felda sudah memberikan pinjaman berjumlah RM603 juta buat skim bantuan pembiayaan pembesaran rumah tanpa faedah itu.

Terdahulu, Ahmad menerima memorandum mengandungi 20 aduan peneroka Felda daripada Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman di lobi Parlimen.

Antara masalah yang dikemukakan termasuklah isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80 ribu dalam masa tujuh tahun, dan permasalahan pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

BAPAK adalah sebuah biro yang ditubuh di bawah NGO, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan Tan Sri Rozali Ismail.

"Banyak benda yang mengelirukan, tidak jelas dan samar-samar yang memerlukan penjelasan Felda," kata Mazlan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS