Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tiada apa yang lebih penting bagi seorang ibu daripada memastikan beliau mendapat keadilan daripada mereka yang terbabit dalam pembunuhan anak lelaki remajanya.

NONE Bagi, Norhafizah Mad Razali saat-saat terakhir sebelum anaknya ditembak mati oleh polis sentiasa menghantui dirinya.

"Saya sentiasa tertanya-tanya apa yang berada di fikirannya, bagaimana perasaannya sebelum ditembak mati. Adakah dia merayu supaya dibiarkan hidup?

"Adakah dia menanggis dalam kesakitan?” soal Nohafizah lagi dengan berlinangan air mata meskipun suaminya, Shapiei Zainal Abidin yang juga menitiskan air mata cuba menenangkannya.

Anak mereka, Mohd Shamil Hafiz Shapiei, ditembak mati pada jam 4 pagi, 13 November lalu di sebatang jalan di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

NONE Kematian Mohd Shamil itu hanya beberapa minggu sebelum harijadinya yang keenambelas.

Bayangan remaja itu yang ditembak di dada dan juga dahinya pasti akan sentiasa terpahat di benak kedua-dua ibu bapanya.

"Ia gerak hati seorang ibu...Saya tak tahu bagaimana atau kenapa, tetapi kata-kata terus keluar dari mulut saya sebaik sahaja melihat tubuhnya yang terkujur: Dia mati dibunuh,” katanya ketika ditemui di rumah pangsa kos rendah yang mereka huni di Kota Damansara.

Polis mendakwa pihaknya menembak dalam percubaan mempertahankan diri kerana Mohd Shamil dan dua lagi rakannya, - Mohd Hanafi Omar, 22 dan Hairul Nizam Tuah, 20, yang dikatakan dari Cheras - telah menyerbu ke arah polis dengan parang selepas cubaan merompak sebuah stesen minyak.

NONE Ketiga-tiga mereka mempunyai kecederaan yang hampir serupa dengan tembakan di dada dan kepala dengan Hairul Nizam ditembak di tepi kepalanya manakala Mohd Hanafi pula ditembak di atas kepalanya.

Semua peluru menembusi badan ketiga-tiga mangsa

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS