Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Wanita PKR cabang Kuantan Katherine Phang mendedahkan terdapat anggota Wanita "tidak tahu mengundi dan tidak memahami arahan mengundi" sehingga menyebabkan separuh undi dalam pemilihan sayap itu, rosak.

Sehubungan itu, beliau mengusulkan empat strategi dalam usaha menambahbaik proses pemilihan parti masa akan datang.

NONE "Kita tidak hairan terdapat undi rosak sebanyak 50 peratus dan terdapat Wanita menghantar kertas undi kosong dan ada yang memangkah semua calon yang bertanding," katanya sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua Wanita PKR di kongres sayap tersebut di Petaling Jaya hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan parti menyediakan arahan pengundian dalam tiga bahasa - Melayu, Cina dan India - kerana majoriti anggotanya terdiri daripada tiga kaum tersebut.

Selain itu, Katherine juga mencadangkan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan pemilihan Wanita dibuat secara berasingan.

"Ia untuk mengelak kekeliruan semasa pengundian kerana terlalu banyak 'chai'... Pemilihan MPP dan Wanita dibuat di dalam bilik berasingan," katanya.

Selain itu, beliau juga mencadang diadakan pemilihan secara 'online' di mana anggota yang membayar yuran keahlian sahaja untuk diberikan kata laluan untuk mengundi.

"Ia bertujuan untuk meningkatkan peratusan pengundian dan untuk menarik golongan muda untuk mengundi," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang melaksanakan pemilihan kali ini.

Walaupun pemilihan parti yang diadakan baru-baru ini berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan, tetapi terdapat pelbagai usaha untuk menggagalkannya, kata Katherine.

Dalam perbahasan itu juga, Katherine turut mendakwa terdapat calon dari kalangan Wanita yang berkempen "untuk dirinya sahaja" terutama sewaktu kempen pilihan raya kecil Batu Sapi dan Galas bulan lepas.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS