Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwaan palsu surat, bekas SUA PKR buat laporan polis
Diterbitkan:  Nov 26, 2010 4:40 PM
Dikemaskini: 10:19 AM

Bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim membuat laporan polis hari ini berhubung dakwaan pemalsuan sepucuk surat bertarikh 2 Februari 2009 yang kononnya dikeluarkanya sewaktu memegang jawatan tersebut.

salehuddin hashim interview 110408 thinking Dalam satu kenyataan hari ini, Salehuddin berkata, beliau membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi pada jam 3 petang tadi.

"Saya mengetahui kewujudan surat ini setelah peguam dari plaintif kes Saman Pemula No: R1-24-104-2010 menunjukkan kepada saya afidavit

dari Saifuddin Nasution Ismail, setiausaha agung PKR sekarang, yang menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut, yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu.

"Saya membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri.

"Saya yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayai saya, seolah-olah saya seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat," tambahnya.

Salehuddin berkata, beliau turut mengepilkan salinan surat tersebut, afidavit balasannya dan minit mesyuarat Biro Politik PKR pada 30 Ogos 2009, enam bulan kemudian, yang masih lagi mengiktiraf keahlian ahli tersebut.

"Saya berasa kecewa terhadap perilaku mereka di belakang pemalsuan tersebut yang menunjukkan matlamat menghalalkan cara.

"Dan saya berasa amat curiga sekiranya gerombolan tersebut berkuasa di Putrajaya, maka banyaklah institusi-institusi kerajaan yang akan diperkosa seperti yang dibayangkan dalam aduan saya ini," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan memanggil satu sidang media dalam masa terdekat.

"Walaupun saya telah bersara sepenuh masa dari arena politik selama hampir satu tahun, dengan tercetusnya kes ini saya telah diheret kembali ke dalam kancah politik nasional.

"Walaubagaimanapun, saya menerima cabaran ini demi menegakkan kebenaran sejagat," tambahnya.

NONE Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mempertahankan 'pemecatan' Jenapala itu kerana didakwa berdasarkan rekod di ibu pejabat parti itu.

"Saya lihat surat itu, saya beritahu kepada pihak media bahawa (P) Jenapala (kiri) dipecat," katanya dalam sidang media di Kongres Pemuda dan Wanita PKR di Petaling Jaya hari ini.

"Bagaimanapun, saya mengalu-alukan siasatan oleh pihak polis dan saya sebagai setiausaha agung memberi jaminan kami akan memberikan kerjasama penuh."

Dalam kenyataannya hari ini, Salehuddin mendakwa tandatangannya dipalsukan pada surat yang dikemukakan sebagai bukti di mahkamah semalam dalam usaha untuk menolak saman Jenapala terhadap parti itu.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman Jenapala untuk mengisytiharkan pemilihan PKR tidak sah dan batal.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS