Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Yayasan S’gor: SPRM rakam kenyataan MB
Diterbitkan:  Nov 24, 2010 10:28 PM
Dikemaskini: 2:32 PM

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Siasatan adalah berhubung isu perbelanjaan majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dikatakan melebihi RM300,000.

azlan Pegawai penyiasat SPRM mengambil masa kira-kira 30 minit untuk merakamkan kenyataan Abdul Khalid, bermula kira-kira jam 5.30 petang, sejurus selepas beliau selesai mempengerusikan mesyuarat Exco.

"Saya sedang memberikan keterangan kepada SPRM dalam siasatan mereka terhadap kes Yayasan Selangor," kata Abdul Khalid dalam laman twitternya.

 Sambutan ulang tahun yayasan berkenaan mendapat perhatian apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat baginda berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kosnya yang dikatakan amat tinggi.

NONE Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberi kontrak menganjurkannya.

 Bagaimanapun Abdul Khalid mencabar Noh membuktikan kos yang didakwanya itu. Namun sehingga hari ini, timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor itu gagal menyahut cabaran itu ataupun membuktikan dakwaan yang dibuatnya.

Abdul Khalid juga sebelum itu mengarahkan agar majlis itu dibatalkan dan mengalu-alukan siasatan oleh SPRM.

Yayasan Selangor semasa pemerintahan kerajaan BN tidak pernah diaudit selama lima tahun bermula dari tahun 2005.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS