Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pertubuhan haram - Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) akan menyambut ulangtahun ketiga demontasi besar-besaran mereka esok dengan melancarkan mogok lapar dan menyerahkan 18 tuntutan kepada kerajaan.

Anggota kumpulan pelampau itu dijadualkan berhimpun di KLCC pada jam 9 pagi esok, sebagai acara memperingati dakwaan bahawa komuniti India dipinggirkan secara sistematik di negara ini.

hindraf british petition rally 251107 gandhi's sprayed Peserta akan 'berpuasa' bermula jam 9 malam ini dan akan berbuka pada jam 3 petang esok. Berpuasa 18 jam itu merupakan simbol kepada 18 tuntutan mereka.

Pengasas Hindraf P Uthayakumar berkata seramai 50 peserta akan terlibat dalam acara tersebut yang mana ia diadakan kali kedua tahun ini.

"KLCC merupakan simbol kemajuan untuk Malaysia, tetapi 18 tuntutan kami yang menceritakan kedudukan sebenar komuniti India, sebahagian besarnya miskin dan dipinggir dalam negeri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Hindraf juga akan menghantar satu deligasi seramai lima orangnya ke Putrajaya yang mana ia merupakan kali keempat usaha mereka untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONE "Setakat ini, perdana menteri enggan berhubungan dengan kami. Tahun lalu kami meninggalkan dokumen itu di pagar. Malah, setiausaha perdana menteri juga tidak mahu menerimanya.

"Tetapi jika kita tidak meneruskan usaha menyerahkan dokumen kepadanya, kita akan hilang peluang untuk mengingatkannya mengenai tanggungjawabnya dan obligasinya berhubung 18 tuntutan kami,” katanya.

Tuntutan 18 perkara yang dirangka pada 2007 menuntut tindakan afirmatif bagi membantu masyarakat India yang miskin dalam bidang kebajikan, kebudayaan, perniagaan dan pendidikan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS