Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Panduan siber untuk buta, pekakkan rakyat
Diterbitkan:  Nov 22, 2010 2:36 PM
Dikemaskini: Nov 23, 2010 2:14 AM

PAS menyifatkan tindakan kerajaan yang mahu memperkenalkan garis panduan berkaitan hasutan dalam dunia siber sebagai satu lagi usaha untuk membuta dan memekakkan rakyat untuk mendapat maklumat sebenar.

Ketua penerangannya Idris Ahmad mendakwa, tindakan itu lebih kepada usaha  untuk membendung "maklumat penyelewengan" kerajaan BN daripada diketahui rakyat.

idris ahmad information chief pas muktamar in kota bharu "Seperti yang kita sedia maklum Umno-BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini.

"Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini, walaupun mereka mengupah individu untuk  melemparkan fitnah kepada PAS dan Pakataan Rakyat," katanya.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilaporkan berkata, garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam internet akan diperkenalkan dan dijangka siap minggu ini.

internet media and print media Tanpa menyatakan bila garis panduan itu akan dikuatkuasakan, beliau berkata, ia sedang diperhalusi.

Dalam kenyataan hari ini, Idris mempersoalkan, tidak cukup lagikah "kongkongan" terhadap rakyat melalui akta sedia ada seperti ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Hasutan.

"Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan.

"Adakah salah rakyat pada hari ini mendapat maklumat yang benar supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat untuk melantik pemegang amanah khazanah di negara ini?" soalnya lagi.

Menurut Idris, jika maklumat yang didedahkan berkaitan dengan rahsian ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa, kerajaan masih boleh bertindak dengan akta sedia ada.

ADS