Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid kecewa dilabel 'orang jahat'
Diterbitkan:  Nov 19, 2010 3:36 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Bekas pengerusi PKR (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan keluar parti berkuatkuasa 16 Dis ini kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.

NONE Beliau berkata keputusan itu dibuatnya setelah menerima tekanan dan serangan peribadi daripada pimpinan parti termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya telahpun menghantar surat kepada PKR. Saya, secara rasminya hendak keluar daripada parti ini, tarik diri tapi dalam surat saya itu saya berkata bahawa saya nak tarik diri berkuat kuasa 16 Dis. (Ini adalah) berikutan episod pemilihan, saya telah dituduh, difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti dengan tujuan untuk menggambarkan saya ini mengkhianati parti dan berniat jahat.

NONE “Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi.

“Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja. Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti.

031010 pkr election kelana jaya trojan horse “Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai ‘Trojan Horse’ dan ‘Sore Loser’. Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya,” kata Zaid yang membacakan kenyataan yang turut dimuatkan di blognya.

Menurut Zaid tindakan pemimpin PKR yang cuba memburukkannya tidak akan berjaya kerana beliau percaya masih ada orang yang mempercayai apa yang diperjuangkannya.

"Inilah cara mereka yang tidak ada keyakinan diri, mereka suka untuk menjatuhkan orang lain dengan harapan mereka akan digambarkan sebagai pemimpin sebenar," katanya.

    

Pada sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya, Zaid berkata menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli parti kepadanya.

zaid ibrahim quits pkr 191110 02 Minggu lalu, Zaid memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat - yang julung kali diadakan menggunakan kaedah langsung.

Beliau juga mengundur diri daripada semua jawatannya dalam parti itu.

“Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam.

“Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS