Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid keluar PKR 16 Dis, ikrar tanding pilihan raya
Diterbitkan:  Nov 19, 2010 11:22 AM
Dikemaskini: 7:57 AM

Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memilih 16 Disember akan datang sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu.

zaid ibrahim quits pkr 191110 05 Bercakap kepada wartawan pagi ini di rumahnya di Petaling Jaya, Zaid juga mengumumkan bahawa beliau telah mengemukakan surat perletakkan jawatannya dari PKR hari ini tetapi hanya berkuatkuasa bulan depan.

"Mengapa 16 Disember? Kalau Anwar gemar 16 September, maka saya pula suka 16 Disember," katanya dengan nada sinis.

"Rancangan saya sekarang, saya akan berjumpa dengan penyokong saya di seluruh negara dan mempersiapkan diri untuk pilihan raya umum akan datang.

"Saya telah banyak bercakap mengenai perjuangan berteraskan kepada kebenaran, berteraskan kepada apa yang betul, saya mahukan parti yang demokratik, parti yang tak banyak sangat karenah, parti yang berteraskan kepentingan rakyat." katanya.

Ramai lagi akan keluar

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga tidak menolak kemungkinan ramai lagi anggota PKR akan keluar parti itu.

zaid ibrahim quits pkr 191110 03 Zaid berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum nanti selepas parti barunya itu ditubuhkan tetapi enggan menyatakan kawasan yang bakal ditandinginya.

"Saya tetap akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Kalaulah gagal tubuh parti baru, terpaksa bertanding sebagai calon bebas.

"Tapi saya rasa elok bertanding di bawah satu label, ada kawan-kawan sikit lebih bersemangatlah," katanya.

Mengenai penubuhan parti baru, Zaid berkata parti itu akan cuba  ditubuhkannya dalam masa terdekat iaitu sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti.

zaid ibrahim quits pkr 191110 02 Pada 8 Nov lalu, Zaid mengumumkan menarik diri daripada bertanding  jawatan timbalan presiden PKR dan meletak semua jawatannya dalam parti.

Beliau mendakwa kepimpinan PKR tidak berusaha mengatasi manipulasi dan penyelewengan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung walaupun isu berkenaan telah beberapa kali ditimbulkan.

Sehari selepas pengumuman itu, Zaid mendesak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden PKR, Azmin Ali supaya meletakkan jawatan kerana mendakwa kedua-dua mereka adalah punca segala masalah dalam PKR.

Zaid menyertai PKR pada Jun tahun lalu setelah beliau dipecat daripada Umno.

Berniat jahat 

Menurut Zaid adalah wajar baginya meninggalkan PKR apabila beliau tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggapnya sebagai pengkhianat.

zaid ibrahim quits pkr 191110 01 Bekas calon Timbalan Presiden parti itu turut menafikan bahawa kemasukannya dalam PKR kerana mempunyai niat jahat.

"Saya sebenarnya tidak pernah berniat jahat terhadap parti. Saya masuk PKR dengan anak-anak saya sebagai ahli seumur hidup dengan yuran yang tinggi kerana saya pada masa itu ingat inilah parti yang akan memperjuangkan kebenaran, ketelusan dan memberi harapan baru kepada rakyat di negara ini.

"Saya amat kecewa bila dituduh sedemikian. saya tidak pernah menubuhkan parti baru atau merancang apa-apa. Saya sebagai koordinator Pakatan Rakyat walaupun Anwar kata saya ini bukan koordinator. Tak apalah, koordinator ke kerani ke, itu terpulanglah," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS