Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno tak seharus selesa dengan masalah PKR
Diterbitkan:  Nov 18, 2010 4:02 PM
Dikemaskini: 8:13 AM

Anggota Umno tidak seharus merasa selesa dalam usaha memenangi hati rakyat akibat masalah dalaman yang sedang dihadapi PKR sekarang, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

NONE "Anggota Umno perlu terus menerus berusaha memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat," katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.

Sebelum itu, Ahmad yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri mengkritik PKR yang menurutnya dilihat seperti kehilangan sokongan anggotanya kerana jumlah yang keluar mengundi bagi memilih kepimpinan parti itu sangat rendah.

Beliau berkata pemilihan barisan kepimpinan tertinggi parti sepatutnya mendapat sambutan yang hangat daripada anggota, seperti yang  berlaku dalam Umno, di mana kehadiran ahli untuk memilih kepimpinan di peringkat cawangan pun sangat tinggi.

"Saya pun terperanjat kerana menjangkakan ramai anggota parti itu akan keluar mengundi untuk memilih barisan kepimpinan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban di Masjid Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Selepas 165 cabang PKR melangsungkan pemilihannya setakat ini, hanya 8.4 peratus daripada 400,000 anggotanya di seluruh negara keluar mengundi.

Baki 57 lagi cabang akan mengadakan pemilihan memilih anggota majlis pimpinan pusat Sabtu dan Ahad ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS