Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pensyarah: Kes bunuh tak meningkat
Diterbitkan:  Nov 18, 2010 12:35 PM
Dikemaskini: 5:29 AM

Kes jenayah ganas termasuk pembunuhan di negara ini sebenarnya tidak meningkat tetapi dilihat naik saban tahun disebabkan bilangan penduduk yang semakin bertambah, kata seorang pensyarah.

Prof Madya Kriminologi Universiti Sains Malaysia, P Sundramoorthy, berkata nisbah kes bunuh sejak 30 tahun lepas menunjukkan perangkaan yang hampir sama iaitu untuk setiap 100,000 orang, dua atau tiga orang dibunuh setiap tahun.

"Maksudnya, kes bunuh sebenarnya tidak meningkat tetapi jumlah kes dilihat meningkat kerana jumlah populasi yang semakin meningkat.

"Kita tak boleh terus mengatakan jenayah bunuh di negara ini meningkat hanya dengan mengikut jumlah kes yang dilaporkan tetapi kita perlu juga melihat kepada nisbah kes kepada jumlah masyarakat," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Sundramoor increase in crime in malaysia 270208 thy berkata tidak tepat mengatakan Malaysia merupakan negara tidak selamat sedangkan di negara-negara lain turut berlaku kes jenayah serupa dan lebih serius, malah keadaan di Malaysia masih terkawal.

Katanya banyak faktor menyumbang kepada perlakuan jenayah seperti ini termasuk keadaan ekonomi dan politik, budaya, keruntuhan akhlak selain pengaruh alam sekeliling.

Beliau berkata kebanyakan kes bunuh dan rogol dilakukan oleh mereka yang mempunyai hubungan atau yang mengenali mangsa termasuk oleh ahli keluarga, jiran atau rakan.

"Bunuh dan rogol kebiasaannya bukan jenayah yang dirancang tetapi perlakuan secara tiba-tiba didorong emosi dan marah hinggakan kita lihat jenayah sekarang semakin kejam, seakan-akan manusia hilang pertimbangan.

Lebih ramai berani lapor dirogol

"Kadang-kadang pelaku adalah dari mereka yang kita tidak jangka...ia mungkin saudara sendiri, jiran, rakan sepejabat yang tidak begitu rapat malah mungkin saudara kepada rakan-rakan," kata Sundramoorthy.

Pensyarah itu berkata bilangan kes rogol juga dilihat semakin meningkat kerana mangsa sekarang lebih berani tampil ke hadapan dan melaporkan kejadian yang menimpa mereka sedangkan dahulu mereka memilih untuk mendiamkan diri kerana malu.

police officer pissed 101006 "Kes rogol dilihat seakan-akan meningkat tetapi sebenarnya kesedaran wanita kini lebih tinggi dan berani tampil ke hadapan melaporkan kejadian...jadi ini juga bukan bermaksud kadar yang tinggi menunjukkan jenayah itu meningkat," katanya.

Sundramoorthy berkata walaupun polis telah mengambil langkah dan pendekatan terbaik dalam mengekang jenayah daripada meningkat, masih banyak lagi langkah yang perlu diambil bagi memastikan matlamat dapat dicapai.

Beliau mencadangkan agar polis menjalankan kajian bagi mengetahui tahap keyakinan masyarakat terhadapnya dan ia perlu dilakukan dengan telus serta keputusan itu diumumkan.

"Selalunya satu kajian pendapat dilakukan yang biasanya hanya melibatkan 1,000 orang dari pelbagai lapisan penduduk dan tahap tetapi itu sebenarnya tidak mencerminkan suara majoriti masyarakat.

"Bagi saya dengan menjalankan kajian pendapat seperti ini tidak begitu tepat kerana ia bukanlah suara semua orang, maka pihak polis perlu mencari satu langkah lain seperti adakan undian bagi mengenal pasti tahap keyakinan dan apa yang dicari oleh masyarakat daripada pasukan polis," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS