Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Trend 'merampas' kanak-kanak bagi membolehkan seseorang yang menukar agama mereka kepada Islam mendapatkan anak mereka semula setelah bercerai dengan pasangan bukan Islam dengan bantuan beberapa agensi didakwa semakin membimbangkan.

Naib Ketua Pemuda PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung yang membuat dakwaan itu berkata lebih menakutkan apabila kanak-kanak itu pula kemudiannya diislamkan sehingga menimbulkan kekalutan berhubung tafsiran undang-undang.

NONE "Ibu atau bapa yang beragama Islam itu boleh berbuat demikian kerana berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Syariah yang mencabuli hak perlembagaan dan hak awam ibu atau bapa yang bukan beragama Islam berhubung anak mereka,” kata Gooi.

Menurutnya, perkara itu menimbulkan masalah perlembagaan kerana hak ibu atau bapa bukan Islam seringkali 'diketepikan' oleh Mahkamah Syariah.

'Kekalutan' itu, tambahnya, akan memaksa ibu atau bapa bukan Islam merujuk ke Mahkamah Syariah sedangkan kuasanya sepatutnya hanya terhad kepada mereka yang beragama Islam.

Menurut Gooi, kejadian merampas kanak-kanak seringkali dibantu oleh institusi lain seperti polis dan majlis agama negeri.

"Apa yang kami cuba perkatakan ialah, jika sesuatu perkahwinan itu dimeterai mengikut undang-undang sivil, sebarang pertelingkahan rumah tangga, termasuk hak penjagaan kanak-kanak sepatutnya diputuskan oleh mahkamah sivil,” katanya.

"Mahkamah Syariah tidak sepatutnya campur tangan dan mencerobohi bidang kuasa mahkamah sivil.

"Ini adalah trend yang membimbangkan kerana ada perkembangan di mana Mahkamah syariah terus mencabar bidang kuasa mahkamah sivil,” katanya.

Gooi, yang seorang peguam merujuk kepada kes di mana seorang mualaf  Fatimah Fong, 28, baru-baru ini ‘melarikan’ anaknya yang berusia tujuh tahun dari sekolah.

Anak itu , Tan Yi Min, telah menetap dengan bapanya, Tan Cheow Hong, 36, sejak 2007, apabila pasangan itu bercerai.

Sepanjang tempoh berkenaan, ibunya didakwa jarang melawat anaknya dan Yi Min telah dipelihara oleh ayahnya, ibu dan kakak Tan yang menetap di Buuerworth manakala Fatimah pula tinggal di Kuala Lumpur.

Gooi berkata guru dan pengetua sekolah Yi Min cuba menghalang kanak-kanak itu daripada ‘dilarikan’ tetapi gagal kerana ibunya mempunyai perintah daripada Mahkamah syariah.

"Ibu kanak-kanak itu datang dengan membawa perintah Mahkamah Syariah Shah Alam dan diiringi serta dibantu oleh perwakilan daripada majlis agama dan polis,” katanya.

"Bapanya tidak pernah dimaklumkan oleh prosiding Mahkamah Syariah dan tidak ada sebab bagi isterinya bertindak sedemikian dengan penuh kerahsiaan dan tergesa-gesa dalam mengambil kanak-kanak itu,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS