Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sime Darby mulakan saman akhir tahun
Diterbitkan:  Nov 16, 2010 1:38 PM
Dikemaskini: 7:43 AM

Sime Darby Bhd akan memulakan samannya bersabit lebihan kos dan kemungkinan salah pengurusan dalam bahagian tenaga dan utilitinya sebelum akhir tahun, kata Pengerusinya, Tun Musa Hitam.

Katanya, audit forensik ke atas unit itu sudah mengenal pasti individu yang disyaki mempunyai kes prima facie dalam kes berkenaan, katanya pada mesyuarat tahunan syarikat itu di Kuala Lumpur hari ini.

azlan Laporan audit berkenaan telah dipertimbangkan oleh lembaga pengarah Sime Darby pada 20 September dan salinannya  telah diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti. Kedua-dua badan itu juga telah memulakan siasatan mereka.

"Oleh itu, sehingga kes ini difailkan dan saman diserahkan, peguam juga menasihatkan kami supaya merahsiakan segala maklumat," katanya dalam satu kenyataan.

Musa berkata lembaga pengarah Sime Darby sudah merancang strategi untuk meletakkan syarikat itu pada kedudukan yang kukuh dan memastikan supaya walaupun kawalan, sistem dan proses diketatkan, namun peluang untuk berkembang, tidak wajar dilepaskan.

Juruaudit forensik bebas, KPMG dan Deloitte Enterprise Risk Services Sdn Bhd dan perunding undang-undang dilantik untuk mengkaji situasi dalam empat projek yang diketuai bahagian tenaga dan utiliti.

Projek terbabit ialah Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar (MOQ), sebuah projek membabitkan pembinaan kapal serta Projek Empangan Hidroelektrik Bakun.

Setakat ini, kerugian yang dialami oleh bahagian itu dianggarkan RM1.3 bilion.

Semasa mengumumkan kerugian pada Mei lalu itu, Sime Darby turut mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid, supaya bercuti sebelum beliau kemudiannya digantikan.

Beliau digantikan oleh bekas pengarah Felda Holdings Datuk Mohd Bakke Salleh dalam usaha menstabilkan syarikat berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS