Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anti-menara 100 tingkat anjur jamuan kek
Diterbitkan:  Nov 15, 2010 4:16 PM
Dikemaskini: 10:58 AM

Sebuah laman sesawang di Facebook yang didedikasikan untuk mendapatkan sejuta peminat bagi menentang pembinaan sebuah menara 100 tingkat oleh kerajaan persekutuan akan menyambut genap sebulan ia ditubuhkan esok.

NONE Pentadbir halaman itu menggesa orang ramai supaya berkumpul di enam lokasi di seluruh Malaysia untuk menjamah sepotong kek dan ‘meraikan’ kejayaan laman itu setakat ini.

"Kami raikannya kerana rakyat biasa Malaysia, bererti bukan pemimpin politik atau NGO, buat pertama kali menganjurkan satu bantahan besar-besaran secara teratur. Jika laman itu boleh dipertimbangkan - mewakili suara ramai yang menentang projek gergasi yang tidak popular dan tiada justifikasi.

"Ini bukan projek mega yang pertama tetapi ini adalah pertama kali projek mega menghadapi rintangan dari bawah. Tiada mega projek dari sekarang boleh dibina tanpa mengambil pendapat awam. Atas sebab itu, kita raikannya,” tulis pentadbir laman yang tidak mahu dikenali itu.

'Jamah sepotong kek bukan jenayah’

Lima lokasi itu adalah di pancutan air di KLCC dan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur; Dataran pidato di esplanade, Pulau Pinang; Coffee Bean di Wisma Merdeka, Kota Kinabalu, Secret Recipe di Lunas, Kedah dan McDonalds di Kampar.

Peserta dijangka akan berada di lokasi tersebut secara bersemuka untuk dua jam dan secara simbolik menjamah sepotong kek yang dibawa oleh masing-masing.

NONE Namun bagi acara di Kota Kinabalu, Lunas and Kampar, peserta dijangka membeli kek mereka daripada tempat di mana mereka berkumpul.

Menyedari, sikap kurang bertolak-ansur atau toleransi yang amat rendah di pihak kerajaan, pentadbiran laman itu memberi jaminan kepada peserta bahawa mereka tidak akan melakukan apa-apa yang tidak mengikut lunas undang-undang.

"Bukan satu jenayah bagi menjamah sepotong kek di tempat awam. Bagi anda yang gusar atau kuathir terhadap ganguan polis, jangan ragu-ragu untuk menghubungi majlis Peguam,” tulis pentadbir laman itu.

Pengendali laman web itu juga menetapkan lima garis panduan untuk dipatuhi ketika menghadiri sambutan berkenaan iaitu, memastikan sesuatu kumpulan tidak diketuai oleh seseorang pemimpin kumpulan, tidak membawa sebarang kain rentang namkun plakad bersaiz A4 dibenarkan, tiada sebarang laungan slogan, digalakkan membawa perlatan perakam video dan audio dan senantiasa mengemaskini perkembangan di laman facebook bagi membolehkan media mengikuti perkembangan majlis berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS