Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PKR sedang menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti itu, di beberapa cabang di Sabah, kata timbalan pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.

NONE

"Saya memeriksa dengan ibu pejabat parti dan diberitahu mereka sedang menyiasat... Saya faham majoriti (aduan) telah dibuat kepada ibupejabat, tetapi saya tidak tahu masa berapa lama siasatan akan dijalan," katanya ketika dihubungi kelmarin.

Tumpuan utama ialah mengenai jumlah yang keluar mengundi di beberapa cabang di Sabah, termasuk Sandakan dan Libaran, telah mencetuskan kebimbangan kerana rata-rata ia adalah sekitar 10 peratus.

"Ahli di Sabah nampaknya merasa bahawa pemilihan pucuk pimpinan pusat kurang penting berbanding di peringkat cabang kerana mereka lebih prihatin terhadap siapa yang memimpin mereka di peringkat cabang," kata Liew (kiri).

Di Libaran, 898 dari 1,501 ahli berdaftar, atau 59,83 peratus keluar mengundi, dengan calon timbalan presiden, Azmin Ali menyapu bersih hampir semua undi di cabang itu.

Sandakan juga mencatatkan jumlah pengundi yang tinggi - 43,57 peratus - dengan 456 daripada 1,047 ahli yang berdaftar, keluar mengundi.

"Bagaimana mereka boleh membuat begitu ramai keluar mengundi? Ada sekitar 4,000 ahli di Kota Kinabalu (cabang Liew), tapi hanya 300 yang keluar mengundi," katanya.

Sandakan, Libaran serta cabang-cabang lain yang ahlinya ramai keluar mengundi, seperti Tawau dan Tenom, hampir 100 peratus undi adalah untuk Azmin..

NONE Di Tawau sahaja, calon timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang memperolehi kesemua 232 undi, kecuali satu undi untuk lawannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin.

Ketika dihubungi untuk mendapat pengesahan bahawa siasatan sedang dijalankan, pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dr Molly Cheah keberatan untuk mengatakan ya atau tidak.

Apabila didesak seterusnya, beliau bagaimanapun berkata: "Jika Christina Liew dah kata ia sedang disiasat, maka ia sedang  disiasatlah."

[Baca berita penuh]

ADS