Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chegubard dakwa pegawai JPM ada RM200 juta
Diterbitkan:  Nov 11, 2010 10:07 AM
Dikemaskini: 7:23 AM

Seorang pegawai kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.

Perkara ini didedahkan di laman blog Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin. 

rm200 milion zakiah ibrahim, pm private sec Dalam tulisan di laman blognya, Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard berkata maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri memberikannya dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri itu mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

"(Beliau) mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," dakwanya.

NONE Menurut Badrul Hisham, pegawai kanan itu  dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Beliau juga dituduh sebagai individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.

"(Beliau) membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya.

Badrul Hisham juga membekalkan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Sementara itu, ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayob ( bawah, kiri ) meminta isu tersebut disiasat secara serius dan konsisten dalam perbahasan baru-baru ini yang menyentuh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SPRM.

pas salahudin ayub 230708 "Isu-isu yang melibatkan kes rasuah dan disiasat secara serius dan konsisten tanpa karenah birokrasi.

"Penaiktarafan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM maka kita harapkan ia lebih efisyen," katanya di lobi parlimen, pagi ini.

Katanya, isu rasuah merupakan isu melangkaui sempadan garisan politik dan merupakan isu rakyat dan nasional dan sewajarnya diberikan keutamaan.

"Apa-apa tindakan yang akan diambil tidak perlu dilingkari oleh elemen politik semata-mata," kata Salahuddin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS