Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mangsa banjir di Kedah terus berkurangan
Diterbitkan:  Nov 10, 2010 10:28 AM
Dikemaskini: 2:36 AM

Keadaan di kawasan-kawasan dilanda banjir di Kedah semakin pulih apabila bilangan mangsa yang dipindahkan terus berkurangan pagi ini.

NONE Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi berkata jumlah keseluruhan mangsa yang masih berada di pusat-pusat pemindahan banjir sehingga 8 pagi ini berkurangan kepada 16,344 orang berbanding 16,915 orang petang semalam.

Di daerah Kota Setar, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 11,441 orang dan di Kubang Pasu, 4,903 orang.

Jurucakap itu berkata sebanyak 36 pusat pemindahan masih dibuka, 24 daripadanya di Kota Setar dan 12 di Kubang Pasu.

ADS