Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kemenangan berganda BN di Batu Sapi dan juga Galas membuktikan bahawa rakyat masih yakin dan mempercayai agenda pembangunan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONE Katanya, kemenangan itu amat signifikan kerana ia menunjukkan bahawa rakyat masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meskipun dinafikan oleh pembangkang.

“Ini bermakna kedudukan kita sekarang ini semakin mantap dan kita telah berjaya mendapatkan semula keyakinan rakyat,” katanya kepada wartawan selepas calon BN, Linda Tsen Thau Lin di Batu sapi dengan majoriti 6,359 undi. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi sebagai tanda keyakinan rakyat terhadap hala tuju yang hendak dibawa oleh kerajaan BN.

   

"Ini khususnya dalam konteks transformasi yang sedang diperjuangankan oleh kerajaan BN dengan pembentangan perancangan yang begitu terperinci (detail) dan rapi sekali," kata Perdana Menteri kepada Bernama menerusi panggilan telefon malam ini.

   

Najib yang sedang bercuti sakit kerana demam cacar berkata beliau amat gembira dengan kemenangan tersebut dan menyifatkannya sebagai kemenangan  rakyat dan pengundi di kedua-dua kerusi terbabit.

   

"Mereka telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada BN bagi membawa kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di Batu Sapi dan Galas."

"Saya beri jaminan janji-jani BN di Galas dan Batu Sapi akan ditunaikan," katanya mengulas kejayaan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi dengan majoriti lebih besar, dan memenangi semula kerusi Galas daripada PAS.

BN berjaya mengekalkan parlimen Batu Sapi dengan majoriti 6,359 undi, manakala di Galas, BN merampas kerusi tersebut daripada PAS dengan majoriti 1,190 undi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS