Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PERKASA membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli kelmarin.

Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris (tengah, foto bawah) di balai polis Gua Musang.

Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 petang.

NONE Bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad (kiri) yang juga ketua PERKASA Kelantan, turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.

Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama dan keluar pada kira-kira sejam kemudian.

Bercakap kepada media selepas itu, Fauzi berkata, laporan berkenaan dibuat berdasarkan kenyataan SPR bahawa ia tidak boleh disiasat sekiranya tiada laporan dibuat.

"Laporan polis telahpun diterima jadi (polis) perlu siasat sama ada ianya melanggar akta pilihan raya kerana sumbangan ini diberi dan hadir sama ialah calon pas pada ketika itu.

"SPRM juga perlu siasat sama ada penerima sumbangan tersebut ialah pengundi dalam pilihan raya yang akan berlangsung esok," katanya kepada media.

Sementara itu, Irwan Fahmi Ideris pula berkata, bukti berhubung sumbangan tersebut boleh dilihat di dalam gambar yang disiarkan akhbar hari ini

"Kita nampak secara terang dan juga secara jelas ada menunjukkan pemberian diberikan.

"Calon pun ada juga dalam program ini. Ini menunjukkan seperti memancing undi.

"Kita berharap juga supaya tidak ada penyelewengan dan salah guna kuasa yang dibuat oleh menteri besar Kelantan," katanya.

VIDEO | 2.24 min

 

ADS