Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak dakwaan kononnya tindakan seorang anggota NGO dikasari oleh penyokong MCA ketika kempen di pilihan raya kecil Galas akan menjejaskan peluang BN bagi menawan kerusi itu.
Sebaliknya, beliau mempertahankan tindakan MCA pada majlis itu - di mana seorang ahlinya dikatan telah menolak adik ipar Teoh Beng Hock - Soh Cher Hai yang berkempen bagi mendapatkan keadilan - nsebagai satu perbuatan “sabotaj”.
"Saya tidak tahu situasi sebenar tetapi seperti mana-mana pilihan raya kecil, kita ada strategi dan saya serahkan jentera kita yang diketuai oleh Tengku Razaleigh (Hamzah) untuk menentukan, sama ada peristiwa itu ada sebarang impak dan apa yang patut dilakukan.
"Mungkin ada pihak tertentu melakukan sesuatu tanpa kebenaran. Mereka ceroboh (majlis itu) dan cuba mensabotaj inisiatif MCA untuk berkempen dan menimbulkan huru-hara bagi menunjukkan sesuatu yang negatif,” kata Muhyiddin.
Bercakap kepada wartawan di Forum Ekonomi Dunia Cina di Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata kumpulan itu mempunyai “niat jahat” dan “cuba mengeksploitasi kes Teoh Beng Hock yang telah lama dieksploitasikan oleh pihak lain”.
Soh, yang juga adalah adik kepada isteri Teoh berada di Galas bersama adik si mati Lee Lan dan kumpulan NGO yang menamakan diri mereka 'Malaysians for Beng Hock'.
Dia mengalami kecederaan ringan apabila ditolak sehingga terjatuh apabila cuba mendapatkan tanda tangan Senator MCA, Heng Seai Kie, bagi sokongan supaya Siasatan Diraja tubuhkan bagi menyiasat kematian Teoh.
Heng kemudian mendakwa beliau sedang bergegas ke majlis lain dan telah menawarkan masa lain untuk berjumpa dengan Soh.
Empat daripada ahli NGO itu, termasuk Lee Lan, ditangkap di tempat berasingan di Galas atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya.
[Baca berita penuh]