Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jambatan usang pun tak terjaga, kata Anwar
Diterbitkan:  Nov 1, 2010 1:23 PM
Dikemaskini: 5:34 AM

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mahu mendirikan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan perbelanjaan RM 5 billion tetapi tidak mampu menyelenggarakan jambatan kecil dan usang di Kampung Gas, Sandakan, lapor TV Selangor .

"Apa yang ada dalam Bajet 2011 yang mengutamakan penduduk Batu Sapi. Yang difikirkan oleh Najib ialah mahu mendirikan menara 100 tingkat dan mengkayakan kroni mereka.

ansari abdullah fall into river "Balak berpuluh bilion diambil tapi jambatan kecil usang di Kampung Gas untuk kegunaan rakyat miskin pun tidak terjaga. Tak guna punya kerajaan!" perli Anwar sambil disahut dengan laungan Reformasi oleh penyokongnya pada ceramah petang semalam.

Sebelum ini calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah jatuh ke laut dua kali akibat keusangan jambatan di Batu Sapi. Kali terakhir beliau jatuh semasa mengggunakan jambatan itu di Kampung Gas.

Anwar berucap di hadapan lebih seribu penduduk Batu Sapi di Sanbay Hotel dekat Sandakan  petang semalam dalam majlis Debat Perdana anjuran Pakatan Rakyat.

batu sapi pakatan forum banner 311010 Katanya, kemenangan di kawasan parlimen P185 akan menghantar mesej yang amat jelas bahawa pengundi Sabah dan Sarawak bersama-sama rakyat Semenanjung menolak sepenuhnya kepimpinan Najib yang mewakili Umno-BN.

Beliau berkata jika kemenangan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat di Sibu, Sarawak boleh dianggap sebagai kejutan kepada 'kubu besi' BN, kemampuan pengundi Batu Sapi memartabatkan calon PKR ke Parlimen 4 November ini menjadi pukulan kepada Umno-BN.

"Kita perlu ingat pada pilihan raya umum 2008 pengundi Semenanjung telah menolak Umno-BN dan undi popular yang Pakatan Rakyat perolehi ialah 51 peratus. BN hanya menang disebabkan undi Sabah dan Sarawak, sebab itu mereka label simpanan tetap.

NONE "Pilihan raya Batu Sapi adalah rahmat Tuhan kepada rakyat Sabah, satu peluang kepada pengundi membuat gegaran di Parlimen, membawa isu-isu yang tidak mungkin diperjuangkan oleh wakil BN mahupun Sapp," kata Anwar.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata Pakatan Rakyat sekarang mampu berdepan dengan rakyat dengan pelbagai bukti dasar yang dilaksanakan oleh negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan.

"Di Pulau Pinang semasa BN memerintah belanjawan sentiasa defisit tetapi dua setengah tahun sahaja Pakatan Rakyat memerintah rizab kerajaan negeri mencecah lebih RM1 bilion.

"Di Kedah pula selepas memerintah, rakyat menikmati pengurangan cukai sebanyak 30 peratus di kawasan bandar dan 70 peratus di luar bandar. Di Selangor rakyat bukan sahaja nikmati air percuma tapi skim khairiat kematian sebanyak RN2,500, untuk pelajar universiti RM1,000 dan macam-macam lagi," katanya.

batu sapi sapp debate turn forum 311010 audience 02 Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat Sabah membuat perubahan dengan bersama-sama melakarkan laluan ke Putrajaya bagi mengubah senario politik perkauman dan kronisme yang menjadi budaya Umno-BN sejak 50 tahun.

Katanya, kemenangan Pakatan Rakyat di Batu Sapi dianggap penting kepada rakyat Sabah khususnya dalam usaha mendapat pembelaan sebenarnya apabila diabaikan oleh pimpinan BN sejak sekian lama meskipun negeri itu makmur dengan sumber asli dan alamnya.

Seramai 1,615 pengundi pos di P185 Batu Sapi akan membuang undi bermula hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS