Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana 'mengucapkan perkataan berbaur hasutan' dalam DUN itu Mei lalu.

NONE Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun segala saraan dan elaun Azhar (kanan) sebagai ADUN dikekalkan.

Keputusan tersebut menyebabkan semua ADUN Umno bertindak keluar dewan.

Azhar (kanan), yang juga ADUN Penaga dirujuk kepada jawatankuasa  hak dan istimewa ekoran kenyataannya itu yang telah mencetuskan kekecohan di dewan tersebut.

Jawatankuasa tersebut, yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk membincangkan perkara itu, dijadual menyerahkan laporannya kepada DUN pada jam 2.30 petang ini.

Difahamkan, Azhar akan diminta memohon maaf terhadap kenyataannya itu.

Jika berbuat demikian, beliau tidak akan digantung daripada menghadiri sidang dewan hari ini dan esok, serta disambung semula dari 8-16 November selepas cuti Deepavali.

Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya.

NONE "Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil," katanya. 

Azhar, yang juga setiausaha Umno negeri, mendakwa prosedur yang digunakan untuk merujuk kepada jawatankuasa tersebut adalah tidak betul.

Katanya, satu resolusi perlu dicadang dan dibahaskan, dan hanya baru selepas itu, satu keputusan dibuat sama ada untuk merujuk beliau atau tidak, kepada jawatankuasa tersebut.

Mei lalu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh telah membentangkan usul untuk merujuk Azhar kepada jawatankuasa tersebut.

Ini berlaku selepas Azhar menggesa tentera mengambilalih tugas dari pihak polis kerana pentadbiran negeri itu telah menyatakan ia tidak lagi mempunyai kepercayaan pihak polis. Beliau memberi amaran bahawa rusuhan kaum boleh berlaku lagi jika rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Azhar kemudian menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan itu kerana kerajaan negeri cenderung menghina polis.

Pada bulan Ogos, pengerusi jawatan tersebut, Datuk Hussein Abdul Halim, yang juga speaker dewan, berkata semua ADUN akan dibekalkan dengan senarai perkataan yang dianggap tidak sesuai disebut sewaktu persidangan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS