Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah sahkan pembebasan Raja Petra
Diterbitkan:  Nov 1, 2010 11:23 AM
Dikemaskini: 10:58 AM

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini membatalkan rayuan kerajaan berhubung keputusan pembebasan Raja Petra Kamaruddin daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

NONE Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga panel hakim dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria yang berpendapat bahawa isu di mana KDN mahu mahkamah menentukan adalah akademik kerana perintah penahanan yang dikeluarkan ke atas Raja Petra telah luput.

Dua lagi panel hakim adalah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan Datuk Seri Md Raus Sharif.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah dimaklumkan bahawa perintah tahanan dua tahun telahpun berakhir.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memaklumkan panel bahawa ia merupakan pendiriannya untuk tidak menarik balik rayuan itu walaupun perintah tahanan itu telah luput.

azlan Beliau juga berkata pendakwaan tidak dapat menyerahkan notis rayuan kepada  Raja Petra yang tidak hadir ke mahkamah hari ini. Dia dipercayai berada di luar negara.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedar bahawa Raja Petra mesti hadir dalam prosiding rayuan mengikut Seksyen 314 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan kerana beliau berpendapat beliau dapat meneruskan rayuan mengikut keadaan.

Peguam bela Raja Petra, Malik Imtiaz Sarwar memohon mahkamah untuk membatalkan rayuan berdasarkan bahawa rayuan itu telah menjadi akademik kerana perintah menteri untuk menahan anak guamnya selama dua tahun telahpun tamat.

raja petra court case 060508 petra arrested Raja Petra ditahan mengikut ISA untuk 56 hari tetapi pada November 2008, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membenarkan permohonan  habeas corpus dengan berkata Kementerian Dalam Negeri telah bertindak melampaui batas kuasanya.

Kementerian Dalam Negeri merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 November 2008 yang membebaskan Raja Petra yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA.

Awal September lalu, Tun Abdul Majid memberitahu tiga panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Arifin bahawa pihak pendakwaan masih belum  menyerahkan notis rayuan kepada Raja Petra.

NONE Oleh itu, Arifin yang bersidang bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan  Datuk Hashim Yusof dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan rayuan itu kerana mereka masih  belum menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra.

Apabila ditanya oleh Hashim tentang peluang untuk menyerahkan notis rayuan  itu kepada Raja Petra Tun Majid menjawab "Alamat Raja Petra masih tidak diketahui " .

Ketika itu peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Raja Petra memberitahu  mahkamah rayuan itu bersifat akademik kerana perintah menteri untuk menahan anak guamnya selama dua tahun telah pun tamat.

azlan "Perkara itu bersifat akademik tetapi tiada apa yang boleh menghalang menteri untuk mengeluarkan perintah baru selepas dua tahun " katanya.

Tun Majid berkata perintah menteri itu akan bersifat akademik selepas 21  September 2010 Pada 7 November 2008 Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada ISA selepas memutuskan penahanannya selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting di Taiping Perak adalah tidak sah.

Raja Petra ditangkap pada 12 September 2008 kerana beliau disifatkan sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara dan perintah untuk menahan beliau di bawah ISA dikeluarkan pada 22 September 2008.

Raja Petra ditahan berdasarkan antara lain, memiliki dan menjalankan laman web Malaysia-Today dan dengan niat dan menerbitkan artikelnya dan juga komen-komen pembaca Malaysia Today dengan sewenang-wenangnya, yang menghina orang Islam, kesucian Islam dan peribadi Nabi Muhammad SAW.

ADS