Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhakam: Hak siswa dicabul di Galas
Diterbitkan:  Oct 31, 2010 11:15 AM
Dikemaskini: 3:34 AM

Kesemua empat pelajar yang ditahan polis dalam kehangatan pilihan raya kecil Galas semalam dibebaskan lewat malam tadi setelah diambil keterangan oleh polis.

students waiting for arrested colleagues in galas Mereka disambut dengan laungan takbir dan "student power" daripada kira-kira seramai 150 orang rakan mereka yang menunggu di luar balai berkenaan.

Kesemua empat orang pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama enam jam.

Para pelajar berkenaan disiasat berhubung risalah yang diedarkan kepada orang ramai dalam aktiviti mereka, kata pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Md Sha'ani Abdullah.

Md Sha'ani berkata, beliau hadir ke balai berkenaan pada jam enam petang semalam untuk membantu pelajar berkenaan.

galas by election university student release 301010 "Mereka bukan budak sekolah terlanjut umur, kita kena ubah sikap dan pandangan yang ketinggalan zaman.

"(Saranan ini) termasuk (kepada) penguasa yang pastikan keamanan," kata Md Sha'ani.

Katanya, hak para pelajar tersebut telah dicabul apabila mereka ditahan sejak tengah hari lagi.

"Saya dengar sebab mereka ditahan (dan) saya pun gelak.

"Saya tengok risalah itu tidak menyokong mana-mana pihak, tapi bila letakkan dua haiwan politik (calon yang bertanding (dalam risalah), anda main politik," katanya.

Kesemua pelajar terbabit perlu melaporkan diri semula ke balai berkenaan pada 14 November depan.

ADS