Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anak syarikat kerajaan negeri Selangor - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang diberikan hak melombong pasir di negeri itu gagal mencapai sasaran pendapatannya tahun lalu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009 perangkaan menunjukkan jumlah pendapatan yang rendah berbanding semasa pentadbiran kerajaan BN dahulu.

azlan Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat hanya mampu mengumpul RM5.4 juta antara Julai 2008 dan Disember 2009 - jumlah yang dianggap tidak memberangsangkan jika dibandingkan dengan RM8.53 juta yang dikutip daripada Januari 2007 hingga Jun 2008 oleh BN.

“Sasaran RM10 juta tidak dipenuhi, dan mereka hanya mampu mengutip royalti RM4.62 juta,” petik laporan itu.

(Pengerusi KSSB  Abdul Shukor Nagor pada Jun lalu memaklumkan kepada jawatankuasa mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan Selangor (Selcat) bahawa syarikat berkenaan telah memberikan bayaran royalti RM5.7 juta kepada kerajaan negeri - perbezaan  RM780,000 berbanding perangkaan Laporan Audit)

KSSB, sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar ditubuhkan pada 2008 bagi menghentikan kes kecurian pasir dan memastikan industri itu dijalankan dengan lebih teratur.

[Baca berita penuh]

ADS