Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sabah negeri termiskin, BN patut malu, kata PAS
Diterbitkan:  Oct 25, 2010 1:22 PM
Dikemaskini: 7:21 AM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia,  kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

pas muktamar 130610 idris ahmad "Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa “kalau harapkan  PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.

NONE “Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula pilihan raya kecil  di Galas yang hanya bersebelahan.

"Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihan raya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai.

"InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010," katanya.

Muhyiddin pada sidang media selepas pengumuman calon BN bagi kerusi DUN Galas, di Gua Musang semalam berkata Umno bercakap begitu bukan kerana mereka parti yang  bongkak atau sombong tetapi berdasarkan realitinya yang memang mereka berupaya.

NONE Kata Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.

"Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.

"Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan," katanya.

Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.

kelantan flood 141204 people walking Rakyat katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik setiap kali pilihan raya diadakan.

Menurut Idris, rakyat, khususnya di Kelantan juga menyedari “busuk hati” pemimpin Umno yang tidak menghormat federalisme sehingga menyebabkan 118 projek kerajaan pusat di Kelantan tidak dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Keenam pada 1991 yang lalu.

"Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.

"Usah buang masa  di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS