Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SKMM sasar Malaysiakini lagi
Diterbitkan:  Oct 22, 2010 6:03 PM
Dikemaskini: 11:32 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan satu lagi siasatan terhadap Malaysiakini - kali ini berhubung dua laporan mengenai perhimpunan agung Umno (AGM) yang disiarkan oleh portal berita bebas itu semalam.

Laporan tersebut, kedua-duanya mengenai ucapan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan AGM ke-61 Umno di PWTC semalam yang bertajuk - We must defend Putrajaya at all costs: Najib dan PM moves to snuff out racial debates.

Pegawai penyiasat SKMM, Mohd Syukri Jamaluddin ( atas, kanan ) datang ke pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama petang ini untuk merakam kenyataan dari ketua pengarang kumpulan, Steven Gan ( atas, kiri ).

Katanya, Malaysiakini sedang disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut Shukri lagi, beliau tidak tahu siapa yang membuat laporan terhadap Malaysiakini .

NONE

Gan pula menyifatkan siasatan SKMM itu sebagai "membuang masa".

Katanya adalah keterlaluan bagi SKMM menyiasat dua laporan tersebut yang pada umumnya adalah daripada ucapan Najib.

"Kami tidak memutarbelitkan apa yang beliau kata. Semua yang dilaporkan oleh Malaysiakini diambil dari ucapannya," kata Gan.

Bukan kali pertama

Shukri berada selama 30 minit di pejabat Malaysiakini di mana beliau bertanya Gan soalan berkaitan dengan laporan tersebut.

Ini bukan kali pertama SKMM menjalankan siasatan terhadap Malaysiakini.

September lalu, suruhanjaya itu menyiasat Malaysiakini berhubung dua klip video mengenai protes kepala lembu di Shah Alam.

NONE Dalam insiden itu, sekumpulan penduduk berarak membawa kepala lembu kerana memprotes cadangan memindahkan sebuah kuil Hindu

ke kawasan mereka.

Selepas kemarahan awam, 12 daripada peserta protes tersebut didakwa di mahkamah di bawah akta hasutan dan menyertai perhimpunan haram.

Mereka didenda RM1,000 tiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam Julai lalu selepas mengaku bersalah mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.

Bagaimanapun, empat daripada mereka dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan menghasut selepas pihak memutuskan untuk tidak meneruskan kes tersebut.

ADS