Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil mencadangkan konsep 'Ketuanan Melayu' digantikan dengan 'Kemuliaan Melayu' yang kini lebih relevan kepada masyarakat itu.

“Ketuanan Melayu mungkin sesuai suatu ketika dulu. Tetapi jika kita lihat keadaan politik hari ini, konsep yang perlu dihidupkan semula adalah Kemuliaan Melayu,” katanya.

NONE Berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Shahrizat berkata konsep berkenaan mampu membantu Umno mendapatkan semula keyakinan dan intergritinya daripada rakyat.

“Jika ditinjau dengan teliti, ciri-ciri kemuliaan Melayu yang membawa kepada kemerdekaan dan memacu BN ke arah pencapaiannya hari ini,” katanya.

Shahrizat juga mengajak ahli pergerakan itu untuk memperjuangkan peranan yang lebih bermakna di dalam parti dan kerajaan.

Katanya, beliau dan anggota exco Wanita akan memperjuang dan menyediakan ''prasarana'' dan ''lebuh raya'' untuk wanita melonjak ke satu tahap kepimpinan yang membanggakan.

Beliau juga mahu melihat ada anggota pergerakan itu yang dapat menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri, pengerusi perhubungan negeri dan jawatan-jawatan tinggi dalam parti.

"Ia akan dijadikan warisan saya untuk Wanita Umno keseluruhannya pada zaman serba moden dan progresif ini," katanya disambut tepukan gemuruh dari para perwakilan pergerakan itu.

Shahrizat berkata jika Wanita Umno sudah bersiap sedia, dan BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-13, beliau percaya perkara itu tidak mustahil boleh berlaku di era kepimpinan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri seorang yang berwawasan yang mampu dan berani untuk mengupayakan wanita.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS