Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Menara bukan arahan PM', alasan 'Pak Pandir'
Diterbitkan:  Oct 20, 2010 11:03 AM
Dikemaskini: 4:41 AM

PAS hari ini menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa, beliau tidak mengarahkan pembinaan Menara Warisan tetapi sebaliknya ia cadangan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai alasan “Pak Pandir”.

pas muktamar 130610 idris ahmad Menurut ketua penerangan parti itu, Idris Ahmad, kenyataan Najib itu bukan sahaja melucukan tetapi seolah-olah percubaan melepaskan bebanan itu kepada PNB kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.

Katanya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara itu, mampu membina 1,667 sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa kepada 5,000 pelajar perubatan di United Kingdom.

Dalam satu kenyataan, Idris berkata, jika sekalipun benar cadangan berkenaan datang daripada PNB, Najib selaku perdana menteri seharusnya memahami keadaan kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.  

“Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB. Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion?

NONE “Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi. Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis. Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang menteri, kerana bukan bidangkuasanya,” kata Idris.

Dalam sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010, semalam Najib mempertahankan cadangan pembinaan menara itu dan menyifatkannya bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

azlan Beliau mendakwa pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.

Beliau dilaporkan berkata, banyak kerja kontrak yang boleh diagihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.

Najib juga mendakwa beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.

Sebaliknya, kata beliau, PNB yang mencadangkan perkara itu.

 

ADS