Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Timbalan: Pertandingan 3 penjuru - Azmin, Zaid, Mus

Persaingan merebut jawatan nombor dua PKR adalah pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden parti itu, Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan ketua perhubungan negeri Perak, Mustaffa Kamil Ayub.

azmin ali acceptance of nominations pkr headquarters Azmin yang juga adalah ketua perhubungan negeri Selangor, merupakan calon pertama mengemukakan borang penerimaan pencalonan.

"Pada tepat jam 11.05 pagi tadi, dengan penuh keinsafan, saya menerima pencalonan sebagai timbalan presiden.

"Saya berharap anggota terus memberi sokongan dan selepas pemilihan ini parti (kita) akan lebih kuat, anggota  menjadi matang, demokrasi akan terus subur dan reformasi ditegakkan di Putrajaya," katanya.

Turut berada di atas pentas, adalah exco Selangor Dr Xavier Jayakumar yang menyokong Azmin. Beliau pula pula menawarkan diri untuk bertanding naib prtesiden.

Zaid yang sejak awal pagi mengesahkan bahawa beliau akan bertanding menerusi blognya dan kemudiannya menghantar wakil untuk mengemukakan penerimaan pencalonannya.

acceptance of nomination pkr headquarters azmin ali banner Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan puteri reformasi PKR yang juga ahli parlimen Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini disebut-sebuat akan bertanding, bagaiamanapun tidak berbuat demikian.

Nurul Izzah yang juga anak ketua umum PKR dan presiden parti itu kemudiannya mengumumkan bahawa beliau akan bertanding merebut satu daripada empat jawatan naib presiden.

Puteri reformasi itu berkata, beliau menolak pencalonan bagi timbalan presiden dan memilih bertanding jawatan nombor tiga itu disebabkan keterbatasan dan ruang yang beliau ada.

nurul izzah going for veep 230910 02 "Saya mahu membudayakan politik harapan dan pembebasan dan memperkukuhkan asas-asas demokrasi parti dalam usaha memperkasakan suara dan semangat generasi muda,"katanya dalam satu sidang media selepas menghantar borang pencalonannya.

Ditanya mengapa beliau tidak betanding untuk jawatan timbalan, sedangkan beliau layak berbuat demikian, Nurul Izzah berkata:

"Semua calon yang bertanding layak akan membuat sedaya mungkin untuk memmbantu memperkukuhkan parti.

"Dalam ruang dan keterbatasan yang saya, ada, saya fikir inilah (bertanding naib presiden) jalan terbaik untuk saya buat masa ini. Yang penting adalah kesetiaan dan perjuangan parti dan terus mempromosi politik harapan dan pembebasan demi memastikan Malaysia dijauhkan daripada politik kebencian dan perkauman".

Perjuangan reformasi

Sementara itu, Mustaffa Kamil Ayub yang berulang kali berkata tidak akan menarik diri mengotakan janjinya untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Beliau menyerahkan borang tawarannya itu kira-kira jam 12.50 pagi di ibu pejabat parti.

Mustaffa kamil ayub with N Gobalakrishnan and S Manikasavagam "Saya tawarkan diri untuk berkhidmat dengan parti kerana saya yakin demokrasi ada dalam parti.

"Saya akan meneruskan agenda kepimpinan dan kekuatan dalam parti sehingga ia terus diyakini," katanya dalam ucapan selepas mengemukakan penawarannya.

Menurutnya lagi, beliau mempertaruhkan segala pengalaman beliau sewaktu memimpin pertubuhan belia Islam dan selaku bekas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan perjuangan reformasi.

Tambahnya, beliau menawarkan politik baru yang menekankan politik nilai yang berteraskan profesionalisme dan menolak politik perkauman.

pkr headquarters nominations zaid ibrahim Sementara itu, Datuk Zaid Ibrahim yang tiba kemudian, dalam ucapannya berkata ahli parti perlu diberi kesedaran terlebih dahulu sebelum parti bercakap tentang perubahan dan transformasi.

"Ia perlu untuk menjayakan harapan kita yang terpendam... Dengan itu saya minta ahli dan penyokong tumpu dalam pemilihan dengan kempen yang sihat.

Ganyang BN

"Jangan mereka-reka cerita, jangan laga-lagakan sesama kita, kita mahu kesatuan yang kukuh. Itu sahaja yang boleh ganyang BN," katanya.

Katanya, parti ini bukan parti untuknya, tapi parti untuk rakyat.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang juga merupakan bekas naib presiden PKR telah memilih untuk tidak bertanding jawatan timbalan presiden meskipun telah mendapat lima pencalonan.

acceptance of nomination pkr headquarters inside tent Beliau juga seperti Nurul Izzah, akan  merebut jawatan naib presiden.

Semua calon mempunyai masa sehingga jam 6 petang tadi untuk mengesahkan sama ada mereka menerima pencalonan untuk bertanding jawatan masing-masing. 24 Oktober ini telah ditetapkan sebagai tarikh pengumuman calon yang sedia bertanding.

Penerimaan pencalonan dibuka mulai jam 10 pagi ini di luar pusat pencalon yang ditubuhkan di ibu pejabat parti di Tropicana, Kuala Lumpur.

acceptance of nominations pkr headquarters clown Suasana sejak pagi dilaporkan bagaikan pesta dengan lima kanopi besar dipasang untuk proses pengambilan borang penerimaan calon.

Sejak beberapa hari kebelangkangan ini, terdapat usaha sengit bagi mengatur percaturan dalam usaha menentukan kepimpinan PKR.

Jawatan naib presiden juga dijangka amat sengit dengan hampir 30 calon yang layak bertanding meskipun ramai dijangka akan mengundurkan diri.

“Hari penerimaan calon Pemilihan Pimpinan PKR. 252 dicalonkan untuk pelbagai jawatan. Ramai akan tarik diri. Tentu ada memeranjatkan,” kata timbalan presiden PKR Syed Husin Ali yang tidak akan mempertahankan jawatannya menerusi tweeter.

AMK: Shamsul nafi 'u-turn'

Bagi kerusi Pemuda - AMK, - ketuanya sekarang Shamsul Iskandar Mohd Akin juga akan mempertahankan jawatannya.

pkr nomination shamsul iskandar Shamsul sebelum ini dikatakan berminat menjawat jawatan lebih tinggi dalam PKR tetapi menukar hasratnya kerana dipercayai sedar bahawa peluangnya agak tipis.

"Ada banyak media kata saya u-turn , tapi saya bukan u-turn , ini tafsiran media.

"Saya takde u-turn , saya cuma sampai satu T-junction , boleh pusing ke kanan atau kiri," kata Sahmsul yang cuba berkias.

"Kalau pusing kanan, saya tahankan jawatan ketua AMK, kalau kiri, saya tanding naib presiden. Jadi saya sekarang pergi kanan," katanya.

Menurutnya, semua calon bertanding atas semangat setia kawan dan keputusannya itu dibuat demi kepentingan parti dan bukannya peribadi.

pkr nomination chegubard badrulhisham Ditanya sama ada tindakannya itu dilihat tidak adil kepada Chegubard, Shamsul berkata: “kita semua mempunyai peluang yang sama.”

Shamsul akan dicabar oleh Badrul Hisham Shahrin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Sementara itu, dua lagi calon yang disebut-sebut sebelum ini untuk turut bertanding bagi jawatan penting itu, iaitu Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim dilaporkan menarik diri.

Setakat ini, mereka belum membaut penjelasan tetapi dipercayai kerana ‘arahan’ daripada pemimpin atasan PKR.

Senarai calon yang telah mengesahkan penerimaan pencalonan

Presiden

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden

Azmin Ali

Zaid Ibrahim

Mustaffa Kamil Ayub

azlan Naib presiden (17 calon untuk 4 jawatan)

Abdullah Sani Abdul Hamid

Ansari Abdullah

Baru Bian

Dominique Ng

Fuziah Salleh

N Gobalakrishnan

Jimmy Donald

Jonson Chong

S Manikasavagam

Mansor Othman

Mohd Yahya Sahri

Nurul Izzah Anwar

R Sivarasa

Suresh Kumar Ramachandran

Tian Chua

Dr Xavier Jayakumar

Yusmadi Yusoff

Ketua AMK

Shamsul Iskandar Md Akin

Badrul Hisham Shaharin

Ketua Wanita

Animah Ferrar

Suraya Sudin

Zuraida Kamaruddin

Majlis tertinggi (111 calon untuk 20 jawatan)

Abang Zulkifli Abang Engkeh

Abbas Awang

Abdul Rahman Yusof

Abdul Halim Hussain

Abdul Latif A Tambi

Abdul Malik Abdul Kassim

Abdul Manan Othman

Abdul Razak Mohamed Jalil

Abdul Wahab Ibrahim

Ahmad Jufliz Faiza

Alinah Dompong

Aminuddin Harun

Amran Abd Ghani

Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandia

Animah Ferrar

Azan Ismail

Azizan Jamaludin

Azman Abidin

Badrul Zaman PS Md Zakariah

Baharuddin Arif Siri

Beti @ Mohd Said Gapor

Chai Tong Chai

Cheah Kah Peng

Christina Liew

Christopher Kyu

Dominique Ng

Dr Mahendran V Markandoo

Dr Noraini @ Ahmad Faidhi Saidi

Dr R Krishnamoorthy

Dr Tan Kee Kwong

Elizabeth Wong

Fariz Musa

Francis Sebastian

George Chen Nyuk Fa

Felicia Ling

Gurmit Singh Hullon

Haniza Talha

Harbajan Kaur

Hasnah Hashim

Hassan Karim

Hee Loy Sian

Ismail Yusop Ahli

Jalumin Bayagoh

Johari Abdul

John Antau Anak Linggang

Josephy Wilfred

Juliana Jusit

Kalakau Untol

Kamal Badri Tak M Zainudin

Khalid Jaafar

Khew Kim Poo

Ko Chu Liang

Krishnasamy Punusamy

Kotappan Suppiah

Latheefa Koya

Low Chee Chong

MS Arjunan

M Mathialagan

Manikumar Subramaniam

Mat Shuhaimi SMd Yusof Saad

Md Shah Amin

Mohd Nazar Mohd Yakain

Mohd Annuar Mohd Salleh

Mohd Izwan Hafiz Othman

Mohd Roslan Puteh Ahli

Mohd Yatim Ismail

Muhamad Kamel Yassin

Murali Subramaniam

Mustapha Kamal Mohd Yusoff

Muzaffar Shah Khairuddin

Nik Mahmood Nik Hassan

Nicholas Bawin

Nordin Ismail

Ong Khan Lee

Onn Abu Bakar

Pajudin Nordin

Ponnusamy Nagamuthu

Pui Aen Du

Punusamy Govindasamy

Radzali Mokhtar

Ravi Munusamy

Rohani Bakar

Roland Chia

Rozaini Mohd Rosli

S Kesavan

Salma Ismail

Selvarajan Rathinam

Shanmugam Rengasamy

Sharifuddin Budin

Sivam Veeramuthu

Siti Aishah Shaik Ismail

Suhaimi Mohd Nor

Sulaiman @ Suhaimi Said

Suraya Sudin

Syed Hamid Ali

Syed Shahir Syed Mohamud

Tai Sing Ng

Thuraiyah Abd Aziz

Tuan Zamri Ariff

Vasantha Kumar Krishnan

Wan Salleh Wan Isa

Wan Zainal Abidin Wan Senusi

Yaakob Sapari

Yusmadi Yusoff

Zabadi Abbas

Zahari Mamat

Zainon Jaafar

Zakaria Abd Hamid

Zakaria Abdul Rahim

Zamri Yusuf


 Untul senarai penuh rasmi, layari laman ini.

VIDEO | 7.25 min

ADS