Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada bonus, k'tangan awam diberi bantuan RM500
Diterbitkan:  Oct 15, 2010 5:41 PM
Dikemaskini: Oct 16, 2010 1:37 AM

Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.

NONE Ia akan dibayar pada bulan Disember bagi meringankan beban perbelanjaan persiapan persekolahan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Selain itu, kerajaan juga menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 sekarng, selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.

civil servants government workers "Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara kerajaan," tambah beliau.

Kerajaan juga, katanya, perkhidmatan pegawai khidmat singkat akan tamat pada 31 Disember 2010, akan disambung setahun lagi.

Oleh itu, kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan pegawai khidmat singkat baru.

Wanita

Najib juga mengumumkan penjawat awam wanita diberi pilihan untuk menentukan sendiri sama ada untuk mengambil cuti bersalin bergaji penuh sehingga 90 hari.

Sekarang ini, mereka menikmati 60 hari kecuali di Kelantan yang telah melaksankan tempoh cuti 90 hari berkenaan.

indonesian maid taking care of a chinese baby 201206 Najib berkata kemudahan, yang bertujuan menambah baik kemudahan cuti bersalin penjawat awam wanita, bagaimanapun tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

"Sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan," kata Najib.

Najib berkata kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, termasuk untuk memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita bersempena Hari Wanita mulai tahun depan.

ADS