Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rahimi: Tanyalah Anwar siapa masukkan saya?
Diterbitkan:  Oct 11, 2010 6:20 PM
Dikemaskini: Oct 12, 2010 2:56 AM

Enggan menamakan sesiapa, Rahimi Osman meminta pihak berkenaan bertanyakan sendiri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang siapakah yang membawanya masuk ke pejabat ketua umum PKR itu.

NONE "Ada juga yang tanya siapa bawa masuk saya dalam pejabat Anwar? Jawapan saya, tanyalah Anwar sendiri.

"Yang penting, saya tidak direkrut oleh sesiapa di dalam PKR. Saya dah jadi penyokong parti sejak dahulu lagi," kata bekas pembantu Anwar itu.

Rahimi ( kanan ) dipercayai merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub semalam yang menimbulkan persoalan yang didakwanya tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR, iaitu siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR?

mustafa kamil ayub Mustaffa ( kiri ) juga mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor sekarang, sedangkan kedua-dua mereka begitu berdiam diri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rahimi juga menjelaskan beliau langsung tidak berkecil hati dengan kenyataan yang mengatakan beliau seorang sahaja beriya-iya mempertahankan Najib dan Rosmah sedangkan kedua-dua mereka cuma berdiam diri.

"Saya bukannya beriya-iya untuk mempertahankan perdana menteri dan isteri. Lagipun sebagai PM, kenapa pula dia perlu buang masa untuk melayan perkara-perkara sebegini sedangkan ia dalam siasatan polis.

'Tak baca berita?'

"Biarlah polis buat kerja," katanya sambil menyifatkan Mustaffa sebagai terdesak dan "kurang perhatian" daripada bosnya sendiri.

Lagipun, menurut Rahimi, lebih penting bagi perdana menteri memfokuskan kepada tugas utama sebagai ‘kapten' yang mengemudi Malaysia.

Beliau juga menyelar tindakan pihak tertentu yang terus mempersoalkan kenapa beliau mengambil tindakan itu sekarang, walaupun mendakwa dipaksa menandatangani akuan bersumpah itu pada 2008 lagi.

azlan Menurutnya, persoalan itu telah pun dijawab dengan penuh terperinci dan disiarkan dalam akhbar.

"Cita-citanya ingin bertanding jawatan tinggi dalam PKR, tetapi nampak sangat dia sendiri tak baca berita. Macam mana nak jadi pemimpin?

"Nasihat saya, lain kali kalau nak cakap gunalah akal dahulu, jangan terlalu terdesak mencari populariti untuk meraih undi ahli serta mendapatkan pujian dan sokongan pemimpin atasan yang sebenarnya memandang rendah pada mereka," kata Rahimi.

Minggu lepas, Rahimi mendakwa dipaksa dua peguam PKR Latheefa koya dan Saiful Izham Ramli untuk menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya juga pemimpin PKR - bagaimanapun menafikannya. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS