Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP Perak sepakat 'tutup mulut'
Diterbitkan:  Oct 10, 2010 6:04 PM
Dikemaskini: 3:26 PM

Dua pemimpin utama DAP Perak - pengerusinya Ngeh Ko Ham dan timbalan M Kulasegaran - bersetuju menyelesaikan semua perbezaan antara mereka menurut saluran dalaman parti.

Menurut mereka, selepas bermesyuarat, mereka sepakat mengambil tindakan itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat pada DAP negeri, seterusnya pada Pakatan Rakyat supaya kembali menawan negeri itu dan Putrajaya.

Ia juga bagi "menunaikan janji dan harapan untuk perubahan politik di negara ini", tambah mereka.

"Kami akan bekerjasama untuk merincikan kaedah untuk mengembalikan perpaduan dalam parti, persaudaraan dan common sense dalam DAP Perak," kata mereka.

Pada 2 Oktober lalu, Kulasegaran menggemparkan politik pembangkang apabila membayangkan akan mengumumkan peletakan jawatan dalam DAP Perak selepas didakwa kecewa dengan pelbagai krisis dalaman di bawah pimpinan Ngeh sebagai pengerusi negeri.

Beliau bagaimanapun membatalkan hasrat itu bagi menunggu ' formula perpaduan ' bagi menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu di Perak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ngeh dan Kulasegaran memberitahu, mesyuarat di Ipoh itu turut dihadiri oleh penasihat parti itu Chen Man Hin, pemimpin popularnya Lim Kit Siang, Naib Pengerusi Tan Kok Wai, ADUN Pasir Pinji Thomas Su dan ADUN Tebing Tingi Ong Boon Piow.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS