Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CCTV akan kawal 'tetamu' pusat maksiat di S'gor
Diterbitkan:  Oct 5, 2010 11:06 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

Pusat-pusat hiburan di Selangor akan disusun semula dalam usaha agar ia tidak disalahgunakan untuk menjadi sarang maksiat khususnya aktiviti perjudian dan pelacuran, lapor Harakahdaily.

NONE Antaranya, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid ibrahim adalah dengan membuat rekabentuk semula tempat-tempat itu agar lebih terbuka dan bakal dibekalkan dengan kamera litar tertutup (CCTV) untuk merakam semua kegiatan dan pengunjung ke pusat-pusat itu.

"Kita sukar untuk menutupnya tetapi kita akan kawal dia agar tidak disalahgunakan untuk kegiatan yang tidak baik," kata Khalid dalam wawancara khas dengan Harakahdaily , Harakah dan Siasah di pejabatnya di Shah Alam, petang semalam.

Beliau mengulas serangan bertubi-tubi dari Umno dan umat Islam berikutan pertambahan yang ketara pusat-pusat hiburan dan kesihatan yang disalahgunakan dengan menjadikannya pusat perjudian dan pelacuran serta kegiatan tidak sihat yang lain.

prostitution, desa mentari, police raid "Kita mahu lihat juga sebenarnya apa yang boleh dibuat oleh kerajaan BN dalam menghadapi gejala ini dan kita akan ikut. Misalnya apa yang kerajaan Negeri Sembilan dan Perak boleh buat di tempat masing-masing.

"Namun mereka tak buat apa-apa juga. Kita sendiri telah berbincang dengan beberapa universiti untuk merekabentuk semula tempat ini agar lebih transparen. Bila begitu, kita harap kegiatan yang tidak baik tidak akan berlaku.

"Bila kita siap, kita akan pastikan semua operator pusat-pusat sebegini mematuhi peraturan yang kita tetapkan. Jika tidak, lesen tidak akan dikeluarkan dan tindakan boleh kita ambil," katanya.

human trafficking tip report 131607 parading prostitute Khalid mengaku, agak sukar untuk membanteras pusat-pusat seumpama itu kerana ia tumbuh akibat kepada permintaan.

"Kalau orang ramai datang, permintaan tinggi, ia akan bertambahlah," kata Khalid.

Beliau juga tidak mahu menyalahkan polis atau pihak-pihak berkuasa lain kerana tidak bertindak ke atas pusat-pusat sebegini.

"Kita tahu bilangan polis kita amat terhad. Tak mampu mereka mengejarnya. Jadi kita kena ada inovasi dalam menghadapi perkara ini. Sebab itu bagi saya, kita kena design semula dan kawal dari situ.

"Kalau kita hanya tutup sahaja, yang haram pula akan tumbuh macam cendawan, lagi susah untuk dikawal," kata Khalid.

bukit bintang prostitutes 291005 sign Sebelum ini, exco beliau, Ronnie Liu dalam wawancaranya dengan Harakahdaily mendakwa polis dan imigresen lebih berkuasa untuk bertindak ke atas pusat-pusat hiburan dan kesihatan yang disalahgunakan di negeri itu kerana bidang kuasanya lebih luas berbanding dengan kerajaan tempatan di bawah kerajaan negeri.

Khalid berharap, melalui rakaman CCTV untuk semua pusat ini akan mencegah orang-orang yang ada maruah untuk datang ke tempat sebegitu.

Ketika ditanya bila ia akan dilaksanakan, Khalid berkata, ia berada di peringkat kajian dan bila ianya selesai, kerajaan negeri Selangor akan melaksanakannya segera.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS