Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN paling tadah DAP sertai PPP
Diterbitkan:  Oct 5, 2010 9:38 AM
Dikemaskini: 7:55 AM

ADUN kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh yang sebelum ini keluar daripada DAP untuk menjadi wakil Bebas yang menyokong BN, mengumumkan beliau akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP).

Katanya, beliau memutuskan untuk menyertai parti komponen BN itu selepas dipelawa oleh Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.

NONE Permohonan akan dikemukakan selepas Presiden PPP Datuk M Kayveas balik dari luar negara tidak lama lagi, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Institut Darul Ridzuan di Ipoh.

Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP pada 15 Jun lalu.

"Setelah mengambil kira PPP adalah sebuah parti yang dianggotai pelbagai kaum dan sesuai dengan jiwa saya maka saya menerima pelawaan itu," katanya.

Sementara itu, menteri besar Perak yang juga pengerusi BN Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ketika ditemui pada majlis sama, menyifatkan hasrat Keshvinder itu sebagai keputusan yang bijak.

Beliau berkata BN sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menyertainya asalkan mereka bersedia menerima perjuangan BN.

Keshvinder adalah ADUN DAP kedua keluar parti itu selepas ADUN Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, juga mengambil tindakan yang sama sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 29 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas yang mesra BN pula adalah 3 orang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS