Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pergeseran dalam barisan kepimpinan DAP Perak telah mencetuskan khabar angin yang timbalan pengerusinya, M Kulasegaran akan meletak jawatannya di negeri itu.

Dalam Twitternya, ahli parlimen Ipoh Barat dan timbalan pengerusi DAP kebangsan itu, menegaskan bahawa beliau akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan Perak hari ini.

NONE Tulisannya dalam bahasa Inggeris itu bermaksud: "Baru saja tamat

mesyuarat kepimpinan DAP di Ipoh. Hari yang sedih kerana saya akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan DAP Perak kepimpinan hari ini".

Kulasegaran membayangkan kemungkinan melepaskan jawatan di peringkat negeri, tetapi menegaskan beliau masih ahli parti itu.

Menurutnya, beliau tidak berniat untuk meninggalkan DAP tetapi menimbang kemungkinan meletak jawatan di peringkat negeri.

"Cukuplah. Dalam sidang  akhbar esok, saya akan menjelaskan semua, " tulis Kulasegeran dalam Twitternya pada jam 12.45 pagi - beberapa jam selepas Twitter awal.

'

Bagaimanapun, menurut satu sumber, Kulasegaran nampaknya telah mengubah fikirannya selepas dipujuk oleh beberapa pemimpin pusat DAP.

Bagaimanapun, beliau dijangka meneruskan hasratnya untuk mengadakan sidang akhbar itu pada jam 10.30 pagi ini di ibupejabat DAP Perak untuk memperjelaskan apa yang berlaku semalam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS