Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tangkapan Zunar: Hisham terus membisu
Diterbitkan:  Oct 1, 2010 7:55 PM
Dikemaskini: 11:59 AM

Hampir seminggu sudah berlalu selepas tahanan mengejut polis ke atas pelukis kartun terkenal tanahair, Zulkiflee Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai  Zunar, namun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak mahu mengulas lanjut.

NONE Beliau sebaliknya cuba mengelalakkan soalan daripada wartawan dan terus mempertahankan bahawa polis telah menjalankan tugas mereka dengan adil dan profesional.

"Saya cuma katakan terdapat begitu banyak kes dengan fakta yang berbeza. Kita tidak mahu membuat komen kerana masih di bawah siasatan,” katanya apabila ditanya mengenai tindakan pantas polis menahan Zunar berbanding dengan kejadian dakwaan rasis yang lain.

Zunar ditangkap beberapa jam sebelum beliau dijadual melancarkan buku komik terbarunya, , Cartoon-O-Phobia pada 24 September lalu.

zunar arrested under sedition act 240910 03 Beliau dibebaskan selepas lebih 24 jam kemudian tetapi tidak sebelum diheret ke tujuh balai polis sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Penerbitnya, Kinibooks - anak syarikat penerbitan Malaysiakini - juga digelidah oleh polis.

Hishammuddin sebelum ini berkata Zunar ditangkap kerana menghina sistem perundangan negara, agama dan juga berhubung isu penggunaan kalimah allah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS