Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemuda Umno bahagian Gua Musang menyokong cadangan supaya ahli parlimennya, Tengku Razaleigh Hamzah diletakkan sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Ketuanya, Bazlan Baharuddin berkata, pemilihan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, amat sesuai kerana beliau mempunyai penyokong yang ramai di kawasan tersebut.

Galas adalah antara tiga DUN dalam Parlimen Gua Musang yang diwakili Ku Li yang ketua Umno berkenaan. Dua lagi ialah Nenggiri dan Paloh yang dimenangi oleh BN.

Cadangan tersebut dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang percaya Ku Li tokoh yang sesuai dengan keadaan politik semasa untuk memulihkan DUN Galas dan keyakinan rakyat kawasan itu kepada BN.

asli forum tengku razaleigh economy 150109 03 Anuar dilaporkan berkata, berdasarkan keupayaan Ku Li menjadi ahli parlimen Gua Musang selama lebih 30 tahun, cadangan itu wajar difikirkan oleh pucuk pimpinan parti demi masa depan rakyat Gua Musang dan Kelantan amnya.

Semalam, BN melantik Ku Li (kanan) ilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil tersebut yang bakal diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, kerana barah usus, 27 September lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, allahyarham memperoleh 4,399 undi menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari BN dengan majoriti 646 undi.

Mohd Saufi memperolehi 3,753 undi. Dun Galas mempunyai komposisi kaum dengan majoriti Melayu seramai 6,200, Cina (1,900), India (170) dan Orang Asal (2,000).

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan PAS tentang Ku Li, Bazlan berkata, parti itu bertindak demikian kerana 'gelabah' dan takut dengan keupayaan Ku Li rampas semula kerusi tersebut dari PAS.

"Ku Li lebih arif tentang kawasannya. PAS hanya main sentimen sahaja. Mereka takut dengan keupayaan Ku Li merampas kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga menyifatkan tindakan PAS memainka isu royalti minyak "sebagai mendahului keputusan mahkamah".

Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS