Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NUJ: Luluskan permit akhbar Malaysiakini
Diterbitkan:  Oct 1, 2010 3:30 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan seorang tokoh wartawan hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menukar keputusan mereka yang menghalang permohonan Malaysiakini untuk menerbitkan akhbar bercetak, lapor TVSelangor .

NONE Presiden NUJ, Hata Wahari berkata KDN tiada alasan untuk menolak permohonan permit mana-mana akhbar termasuk Malaysiakini , malah menyifatkan kelahiran akhbar itu akan mendorong amalan kebebasan media di negara ini.

"Pendirian NUJ ialah mana-mana pihak yang ingin menerbitkan akhbar, patut  diberi lesen. Jangan memilih dalam soal ini kerana KDN tidak ada sebab menolak permohonan Malaysiakini . Kita perlu kebebasan media. Ia merangkumi semua.

"Yang perlu dipegang ialah etika kewartawanan. Kita tidak boleh berpihak kepada mana-mana pihak. Kita perlu menulis berita berdasarkan kesedaran dan kebenaran,” katanya kepada TVSelangor.

Demokrasi sebenar

Beliau mengulas laporan yang permohonan permit akhbar bercetak Malaysiakini ditolak oleh KDN tanpa sebarang alasan hingga mendorong pengurusan portal berita  lebih sedekad lalu, mengemuka saman terhadap kementerian itu.

Selain Hata, tokoh wartawan, Said Zahari juga menganggap keengganan kerajaan meluluskan permohonan permit sesebuah akhbar lantaran tidak senang dengan laporan yang mengkritik mereka, bermakna Malaysia tidak mengamalkan demokrasi sebenar.

said zahari "Kenapa kerajaan begitu bimbang? Sebab Malaysiakini bukan baru, begitu juga dengan Suara Keadilan . Kalau ada penulisan ataupun rencana ataupun kritikan akhbar itu  melanggar hukum, tindakan lain boleh  diambil," katanya.

Menyokong cadangan penerbitan akhbar Malaysiakini dan mendesak mengembalikan permit Suara Keadilan , bekas ketua pengarang Utusan Malaysia pada era 1960-an itu menyifatkan perbuatan mencengkam kebebasan media, sebagai tidak sihat.

"Perkembangan semacam ini, melarang penerbitan surat khabar, melarang memperbaharui permit dan sebagainya, adalah tindakan yang tidak sihat dari pihak kerajaan,” katanya.

ADS