Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini secara tidak langsung menyalahkan pertelingkahan di antara perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saat paling gelap sepanjang 35 tahun kerjaya politiknya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, Najib berkata kemerosotan mendadak majoriti kemenangannya di parlimen Pekan pada pilihan raya umum 1999 kepada hanya 241 undi adalah diibaratkan sebagai ‘gajah bersama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit’.

NONE "Ada masanya, saya amat kecewa dengan situasi yang bukan kerana tindakan saya sendiri.

"Dalam persekitaran seperti itu, anda menjadi mangsa keadaan atau ‘collateral damage’ - saya tidak tahu sama ada ia perkataan yang tepat dalam proses itu,” katanya.

Najib berkata demikian pada forum dialog bersama 100 pemimpin ASEAN di ibu negara hari ini. Beliau ditanya sama ada pernah terfikir untuk berputus asa, khususnya berikutan keputusan pilihan raya umum 1999 yang mengecewakan.

BN mengalami kemerosotan sokongan, berikutan pendakwaan Anwar pada 1998 yang menyaksikan bantahan besar-besaran rakyat.

"Pada 1999, saya yakin penduduk Pekan membuat kesilapan dan sebenarnya pada hati, mereka menyokong saya.

"Secara peribadi, saya boleh beri pelbagai alasan (cara mereka mengundi), ada yang tidak berkaitan langsung dengan saya,” katanya kepada lebih 100 hadirin.

Ahli parlimen Pekan itu berkata perkara paling mencabar adalah “meskipun seseorang itu cekap tetapi jika memilih ‘kuda yang salah’, mereka akan berakhir dengan tragik”.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS